Friday, September 11, 2026

numb or whole?

Sometimes emotional numbness is not related to depression.

Sometimes...we live too calmly and have no desires, making it feel as close as dead.

Don't worry we're not suicidal, we're just seeing past the illusion.

And that's our ego screaming fighting for survival, making a narrative in our mind that 'im done with life'

Life may not be exciting anymore due to the feeling of completion.

But we can still live, knowing that if we are still awake in the morning...that is to make someone's day better.

Live as part of the community gives us extended meaning.

Gives service to others not because going to heaven is the goal but because we are there and not someone else to service them for a reason.

Its destiny.



Friday, September 4, 2026

suffering gently

 


Oh i still suffer of course.

My heart still breaks,

My mind still races,

My gut still lurches.

Watching how it looked.

But,

I didn't cry.

I didn't justify. 

Most importantly i didn't ask why.


My conscience narrates 101 stories about how it can be avoided.

My feelings hurt as to "why me?"

My intuition just chilled though ; Ultimately relying on God the universe to chart the course.

A chill intuition is not an all good thing actually, you appear to be irresponsible and lack action or plan reducing the ability of appreciation and ownership.


I still suffer.

But not in the way i used to be,

Pulling the blame game card.

Venting and Judging,

Whining in retribution.


Now i suffer, gently.

Knowing what happens is the beginning as a ripple effect to something that will eventually click like a piece of that last jigsaw puzzle at its given moment.

I suffer with sigh and pouts and a shrugged shoulder.

While observing the current API thinking tomorrow might be a suitable day for a long run and at the same time checking what my kids at home had for lunch as I'm sitting in a takeaway cafe listening to lounge music which possibly has a high chance of being produced using AI.

Life is,

I could be wallowing in sadness and drowning myself in positivity quotes.

Comparing the timeline of the past and different realms.

As far as cursing other people and desiring to witness their downfall too.


I am,

Here and now.

Present.

In awareness.


It 's not about 'forgive and forget'

Not just about 'Letting Go(Ikhlaskan)'

Not at all about 'karma is a bitch'


There was no guilt or shame or injustice involved.

Just simple acceptance.

Surrendering all of this as, Impermanence(pinjaman).

Embodiment of lightness that has no plans of inhibitions.


I suggest we all do the same ; take everything as a lesson or guest and use our own Discernment in navigating through life.

Thursday, September 3, 2026

Ikhlas

dan hal yang paling rumit, bisa jadi tentang mengikhlaskan sesuatu.

Intuisi sudah beraksi sejak pagi, lalu aku mulai menghayati 'kun faya kun'.

Lagian pastinya itu sebahagian daripada keselarasan semesta.

Ternyata dia menjadi buffer sehinggakan kereta yang terbabas tidak menembusi semak masuk ke dalam gaung.

Ditanya, kenapa tidak elakkan hal dari berlaku jika telah merasakannya.

Bayangkan jika ku elak, mungkin ada kehilangan nyawa sekiranya dia tidak disana menjadi pengaman.

Terima saja, semua juga pinjaman.

Syukur, intuisi berfungsi aktif.

Syukur, hati berlapang dada.

Syukur, otak berproses waras.

Esok dan lainnya punya peranan, hadapi hari ini dengan kesedaran.





Sunday, August 30, 2026

My regular guest ; Anxiety.

Tonight is such a bliss after last night's anxiety attack...yes, it follows not just during race but also during vacation.

Tonight is lighter, last night ; i thought i was going to die.

Triggered by migraine at late noon it lasts until morning, so yeah i didn't sleep that much even on holiday.

Also...it's a personal battle. My close ones didn't even realize I was struggling. 

After years of experiencing it, i could never get used to it.

Every attack feels like the first time.

The healing techniques work tho' such as breathwork and grounding.

But its not in a split second,  after suffering the phase of dying and to conclude it by acceptance and surrender, then it goes away gradually.

The tactical method alone doesn't work. 

Most of the time, I have to accept 'death' and be at peace with it, then it slowly subsides.

I want to hate my anxiety.

I do, i truly do.

But then i realize, it's the very thing that keeps me alive.

The readiness to die, gives me strength to 'live' before it's all gone.

It is also what keeps me alert during my ultra trail marathon. I could stay awake and vigilant throughout the race.

I'm still getting used to it, still greeting it like a dear guest, every time it comes to visit.



Monday, August 24, 2026

سَلام

Peace, isn't quiet.

Or subtle that we are almost unaware of its existence.

In fact, peace can appear as boredom and barrenness.

It's not soft that can only touch the most delicate soul.

No, peace is not any of those.


Peace is loud.

But we just took it for granted.

Due to our own ungrateful habit.

Monday, August 17, 2026

Embodiment

Nak cinta ; kena rela dulu.

nak tenang ; kena sabar dulu.

nak berjaya ; kena usaha dulu.

Rela mencintai ,sabar untuk tenang dan usaha sehingga berjaya.

Kalau belum rela, jodoh tak akan datang,

Kalau kurang sabar susah untuk tenang,

Dan tanpa usaha, tidak mungkin berjaya.

Kesihatan Vs Kesejahteraan


Andainya kita pandang dan dengar melalui sudut perspektif perubatan, memang 42km marathon 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 untuk sihat tubuh badan.
Untuk sihat tubuh badan : puasa, jalan kaki dan luangkan masa dengan alam semulajadi.

Namun sebelum itu, kita harus jelas akan konsep Kesihatan dan Kesejahteraan.
Kesihatan lebih menjurus kepada tanggapan penyakit, ubat dan rawatan.
Kesejahteraan menjurus kepada keselarasan, keharmonian dan ketenteraman.

Lalu adakah berlari 42km bertujuan untuk sihat?hakikatnya berlari 42km boleh menjadi risiko kepada penyakit terutamanya jika register dan lari tanpa latihan khusus.
Kalau kita buat research merujuk kepada orang barat(sebab acara marathon bermula di negara barat iaitu Greek)untuk menyertai acara 42km marathon, latihan sebenarnya mengambil masa...ENAM bulan.
Latihan itu termasuklah : interval/fartlek, threshold, zone 2/MAF, iso/plyometric, unilateral, weightlifting, cross training(swim & cycling), core/strenght, drilling, mobility & stability(banyak lagi yang berada di luar pengetahuan penulis)
Jadi maksudnya, proses untuk menyiapkan diri bagi acara 42km adalah untuk kesihatan secara 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 langsung.
Secara langsungnya lari 42km bukanlah untuk kesihatan kerana dalam masa yang sama  ia menimbulkan risiko kecederaan seperti jatuh, terseliuh dan khususnya DOMS (delayed onset muscle soreness)
Tetapi, menyertai acara larian 42km memberikan : 
Pencapaian (self gratification @ glory-bangga diri) 
Boost self esteem (meningkatkan nilai diri @ minta puji)

Namun, adakah kita sedar manfaat positif di sebalik bangga dan minta puji?
Dunia zaman sekarang ialah dunia AI, dunia teknologi digital. Bentuk komunikasi kita pun sudah jauh berbeza berbanding zaman 'pen pal' dulu².
Pengertian posting pencapaian di media sosial adalah suatu bentuk sosialisasi bukan sekadar minta puji dan berbangga-bangga.
Bersosial atau bergaul pula ialah mekanisme utama untuk mewujudkan connection di antara manusia.
Maknanya, selagi seseorang itu masih posting di media sosial itu di kira bagus, kerana itu bererti dia tidak mengasingkan dirinya daripada masyarakat.
Masyarakat pula ada pelbagai dalam konteks perbincangan ini, masyarakat ialah komuniti runner di Sabah. Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti, hendaklah kita menyertakan diri kita dalam suasana tren semasa.

Jadi, acara 42km mungkin bukan teknik khusus untuk kesihatan tubuh badan, namun ianya adalah salah satu metod untuk kesejateraan jiwa.
Sesungguhnya manusia ialah makhluk sosial. Bak kata Aristotle (ahli falsafah dari Greek juga) 
'𝑀𝑎𝑛 𝑖𝑠 𝑏𝑦 𝑛𝑎𝑡𝑢𝑟𝑒 𝑎 𝑠𝑜𝑐𝑖𝑎𝑙 𝑎𝑛𝑖𝑚𝑎𝑙''

Maka dengan itu, ikut larian 42km bukanlah untuk kesihatan tubuh badan tetapi untuk kesejahteraan sosial iaitu sebahagian daripada 𝟖 𝐃𝐢𝐦𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚.

Saturday, August 15, 2026

scandal @ soulmate?dan kenapa temunya di Denai??

...bolehkah?
Kalau kita berlari, kita berlari saja
Datang➡️check in➡️kena tiup wisel➡️lari➡️sampai finish line➡️ambil t-shirt➡️pulang.

Tidak best bah, baca pendedahan isteri tengah sarat mengandung terpaksa guna medsos untuk expose screenshot moment² benih soulmate berputik...kembang tekak wei, sepa mampu jatuh sinta di butm tu aku memang respek la 
Aku tau butm tu bukit talantang sija pastu kalau musim hujan licak sampai macam slide dalam hati menyumpah seranah "woi ini bukan trail run ni, kalau aku mau main licak buat apa aku bayar beratus²"
Mcm mana bulih terfokus jatuh sinta sama orang sedangkan bini & anak menunggu kepulangan?

Jap aku masih indak paham macam mana emosi cinta bulih timbul time aktiviti lasak??
Aku tau : makan, air, ais, birak, kencing, duduk, pil chikittikaun, makan lagi, ais lagi, himalayan candy, makan lagi, ais lagi, kencing². Lepas tu "ehh?mana tagging??"
Panik, takut, ghisau, silaka tu batu duduk tengah jalan bikin tersadung, jap mana tongkatku, mana tiger balm lotionku, oh..ada, syukur. Jap ini WS keberapa suda?

Mcm mana emosi cinta bulih menyempit??

Ada juga lah sedikit, time naik subuh sebab ada view rasa bahagia tu hadir walaupun sekejap, " its good to be out here today, thankful to be alive"
Kejap jer...bila tengok jam,
"Silaka!tinggal 1%...lari woi lari"

Cinta ni...macam juga amarah, benci, sedih.
Dia, tetamu saja.
Datang seketika dan pulang lagi.
Tapi apa yang kekal sebagai manusia ialah nawaitu.
Niat untuk sihat, niat nak popular, niat test power, niat untuk flex, niat untuk bucket list.

Tentukan niat.
Hatta naik bukit botak yang panas, yang tiada limbu², yang bikin haus, yang banyak kes oramg jatuh tapi kalau niat mau jumpa soulmate, ya pasti dapat.

Tiada salah tiada betul, mungkin memang cinta mereka tulus🤲🏻
Moga si isteri tabah, jika masih ada niat untuk meneruskan ujian perkahwinan semoga diberi kekuatan.
Jika sebaliknya, hadapi saja. Tiada gerenti ada yang lebih baik menanti di hadapan sana, namun anak²mu ingin ibu yang bahagia sis.

Maka engkau ada 3 pilihan :
Terima,
Tukar,
atau Tanggalkan (lepas).

Yang berkasih sayang di butm itu, ya kita doakan saja. 
Sebab lepas butm ada kar, lepas tu ada tmbt, ada buhm, ada kokol, kionsom, ada karma. Eh?!

(gambar ilustrasi di bukit botak...soulmate ku ternyata sehanya pokok)

 

Wednesday, August 12, 2026

thuma’ninah dan DNF a.k.a The Art of Yielding (seni mengalah)

perlu keberanian untuk menjadi finisher,

perlu keberanian berkali ganda dari itu untuk memilih DNF.


mengikut pengalaman, jarang memilih DNF, selalunya dipaksakan jua sungguhpun overtime dan melepasi garisan penamat walaupun pulang tanpa tshirt & medal.


Dalam larian denai, KAR miler ialah pengalaman kali kedua.

Kali pertama ialah semasa TMBT 100km dan ianya kerana ada sesuatu tentang bunyi guruh.


Sewaktu kecil, bapa selalu mengingatkan untuk menutup kepala dengan tapak tangan apabila bunyi guruh berdentum katanya jika tidak, kilat akan menyambar kepala.


Menjadilah ketakutan jika disambar kilat setiap kali guruh berbunyi.


TMBT 2022 mulai hujan pada waktu tengah malam sehingga hampir subuh. Sewaktu sampai dalam masa itu sambil mengalami AMS, lalu memutuskan utk DNF kerana merasa tertekan akan keadaan cuaca yang tidak memuaskan.


Hakikatnya, tidak ada sambaran kilat pada malam itu malah untuk turun ke tanah rendah bagi membantu mengurangkan AMS juga hanya mengambil masa setengah jam.


Jadi memilih untuk DNF adalah bukan kerana penakut, sebab jauh di lubuk hati kita, kita tahu...ketakutan hanyalah ilusi. 

Naratif yang mengkhianati diri sendiri. 

Kita sedar itu.


Jadi mengapa masih memilih DNF?


itulah 𝑻𝒉𝒆 𝑨𝒓𝒕 𝒐𝒇 𝒀𝒊𝒆𝒍𝒅𝒊𝒏𝒈 iaitu 𝑺𝒆𝒏𝒊 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒂𝒍𝒂𝒉.


Untuk menerima kekalahan sedangkan kau tahu kau masih mampu berjuang.


Berani untuk memilih, Peace of mind.

Berani untuk mencuba, Lagi.

Berani untuk jatuh, dan Bangun.


Bukan keputusan sepele.


Dilema bergolak didalam diri di antara logik, perasaan dan firasat.

Namun masih memilih DNF.

Memaklumi, yang kita harus kembali lagi dalam anggaran 12 bulan dari waktu itu.


Fleksibel, untuk mengulang semula.

Sabar, untuk mula berlatih dengan lebih giat.

Harmoni, untuk menyerah.


Justeru itu, ianya bukan kelakuan pengecut.

Malahan, DNF ialah lambang keberanian untuk bertarung dengan ego diri sendiri dan,


Pause(thuma'ninah), untuk beraksi...Lagi.



Tuesday, August 11, 2026

A basket

I have had this basket since 2007.

I bought it during preparation for my son's birth at the hospital.

It has since become a baby toolbox ; where i kept their bedak, ubat gosok, calamine lotions and for travelling its use to keep their botol susu, formula powder etc.

Then when all kids grew up it became our cutleries basket for camping and, occasionally used as a cat cage for travelling.

Almost 20 years and there's still even a price tag on.

To me, its not telling im a cheapskate or that im a conservative.

To me, it just tell...how loyal i am.

So?do you have any items you still kept from 20 years ago that you still wear/use and in still good condition? Tell us!


P/s ada hal yang bukan 'stuck in time' tak berkutik hanya menyimpan memori namun, sebagai 'teman' ;  Ada/Hadir, di kala perlu.

Begitu juga manusia, sejuta langkah ke depan bukan berarti jalan lurus dari satu titik ke titik yang lain namun seumpama pilin berpusing ke atas. 

Berlingkar pergi balik ke arah yang sama seperti sebelumnya namun...menaik, mencapai kesedaran abadi.

Sunday, August 9, 2026

I really have manifested this t-shirt.

Since I registered i never really looked into the color of the event and finisher shirt because i already planned on wearing white as usual(until i got obsessed with the weather forecast and changed into grey at the last minute)

As the time goes on i bought purple colored pants because there were only 2 choices of color(and i bought the other one earlier) since its material and design is what I'm looking for.

Then, as a variation i bought a purple colored hijab since i never had such a sports hijab color.

Coincidentally throughout my 8 months of training my road running shoes are starting to wear out so i bought shoes that say 'grey' which turns out to be purple.


The first time I received the t-shirt I thought "hmm, pale colored" i saw others wearing it and as per usual people always match t-shirts with darker colored pants.

I noticed that the t-shirt didn't stand out at all, it became...insignificant.

And then I started to look into my wardrobe and realized i can match all this with my silver hand sleeve and visor.


Then it stood out.

So my best suggestion is to match this tshirt with a lighter colored bottom like, white or cream or just like me, purple.

Hence the belief, that i manifested this t-shirt.

That's alignment, that's Destiny.




Friday, August 7, 2026

Lelaki dan pilihannya

Teringat pesanan sahabatku sewaktu mulai berkerja dalam sektor awam,

"Kita ni, kerja kerajaan. Senang buat loan. Kalau ada lelaki bermulut manis cuba mendekati kita...ada niat tu"

Selepas itu aku mulai perasan penjawat awam kaum wanita di sekelilingku yang mempunyai suami yang tidak berkerja.

Kebanyakannya, bersikap 'free loader' atau yang biasa kita panggil 'biawak hidup'.

Mulai dari itu aku prejudis akan lelaki dengan pilihannya.

Namun, usai di usia yang kita gelar 'bau tanah' ini aku melihat dari sudut yang lebih universal.

Apakah benar lelaki memilih pasangan berdasarkan kecenderungan untuk menjadi biawak hidup atau kerana memilih untuk stabiliti.

Hakikatnya, wanita yang mempunyai wang adalah wanita yang serba cukup, apabila dia serba cukup maka dia mempunyai sikap yang tenang. Apabila dia tenang maka dia, stabil.

Manakala, lelaki selalunya akan memilih seorang wanita sebagai isterinya walaupun bukan kerana rupa atau perasaan nafsu. 

Namun, kerana wanita tersebut memberinya perasaan yang tenang.

Wanita yang mempunyai wang, kurang huru hara kerana selagi ada wang setiap urusan jadi lebih mudah. Maka dia lebih tenang.

Sedangkan lelaki akan memilih isteri yang membuatkannya 'feel good about himself'.

Kerana dia sedar perkahwinan ialah perjuangan yang tanpa hentinya.

Oleh yang demikian, tidaklah semestinya lelaki yang mendekati wanita yang berduit itu adalah 'biawak hidup' namun energi wanita itu yang mempunyai aura 'ketenangan'.

Dan lelaki menginginkan itu.

Jadi, ya benar wujud jenis lelaki dayus atau 'biawak hidup' tapi kebanyakan lelaki memilih pasangan disebabkan stabiliti.




Monday, July 27, 2026

sehanya, Tshirt.

Benar dan jujur.

Semua ini untuk sehanya, Tshirt.

Tidak dinafikan andaian tentang keampuhan, keteguhan, kekuatan, kesabaran, kegigihan, kehebatan dan keagungan diri yang sebenarnya ialah topeng² kepada 1 hal. Iaitu, EGO.

Ia membuat kita hidup, bersaing.

Beerti semua ini adalah bertujuan untuk bersaing.

Umumnya bersaing dgn org lain. Namun ada juga yang langka, 

Iaitu bersaing dengan Ego sendiri.


Penanda bahawa diri anda berjaya menyaingi ego sendiri ialah apabila anda tidak meninggalkan PRINSIP HIDUP anda demi hanya mengejar sehanya, Tshirt.


Hidup jika hanya bersaing, bagai menaiki roller coaster.

Seronoknya disaat kita diatas,

Bila dibawah, asyik memikirkan peluang utk naik ke atas lagi.

Namun sebenarnya apa yang harus dinikmati saat di bawah?

Suasana hati.

Apakah ia tenang, bahagia, bersyukur?

Ada pula orang yang merasa lega pabila dibawah,

Merasa nyaman tanpa tekanan namun mulai tegang apabila diheret naik lagi untuk bersaing.


Persaingan itu baik hanya sebagai Knowledge transfer. Tak lebih dari itu.


Hal yang patut ditarafkan sebagai hebat bukanlah persaingan.

Namun, kerendahan hati.

Rendah hati disaat kau lebih dari mampu.

Namun memilih untuk duduk lebih lama diruangan bawah tak berpengujung.


Tetaplah hebat pada waktunya,

Kekal rendah setiap waktu.

Kerana titik mula setiap kehebatan mu adalah dari titik dimana kau berasal.

Niat.

Jika niatmu adalah untuk mendidik hati tentang melepaskan hal² yang akan menyeretmu nanti maka had penamat tempat bandulmu berakhir, disitulah kau temukan apa yang kau cari.


KAR miler akan kekal sebagai titik penamat had kategori penyertaan dalam aktiviti larian denai.

Sebagai buku pelajaran subjek mendalami karenah² manusia yang hanya terlihatkan disaat darurat.

Dalam kegelapan kan kau temui pelbagai hal yang tak cukup waktu prosesnya disaat itu.

Sewaktu terang pula, apa yang sudah terang malah semakin bersuluh.

Selepas ini, omak kembali jadi tukang masak waktu camping😁

Sepanjang program anak² langsung tidak risau(atau tidak peduli?🤔)

Bila pulang tak tanya "mana medal?"

Tapi bersyukur dan berkata, "yay! Boleh sudah camping balik!"


Suasana hati.

Itulah yang kupilih untuk kehidupan ini🤲🏻


Tahniah all runners!

Sungguhpun aku sudah consider utk DNF di 5 kilometer pertama akibat serangan anxiety dan hampir pass out.

Syukur perancangan Tuhan maha hebat, ngam² traffic bottleneck jammed di kaki bukit, dapatlah ambil peluang duduk, rehat, makan dan ambil gula² super masam untuk mengembalikan kesedaran.


Tips untuk sesiapa yang ingin mencuba kategori Miler mahupun apa sahaja percubaan dalam hidup ialah,

"Tumpukan perhatianmu tentang hal yang kau mahu, bukan yang kau tidak mahu"

Makanya dari awal select apa yang kau mahu.

Segala apa yg timbul hanya untuk distraction, lepaskan.

Oleh itu, jika kamu mahu buckle kau akan dapat buckle.

Jika kamu mahu sehanya Tshirt maka akan kau dapat Tshirt.

Ini benar, kerana di Pinolobuh lagi aku telah dapat tshirt Finisher.

Menyedari pemakaianku yang material tebal sangat tidak sesuai sama sekali untuk segment Sokid okid, aku memberanikan diri bertanya kepada puan Jovita pemilik gerai minum panas sekiranya ada tshirt yang boleh ku beli. Dia turun ke pondok untuk mencari apa yang ada dan tidak perlu bayaran kerana ianya ikhlas dan jadikan kenangan katanya.🤍


Dan ya,

Aku memulai semuanya ini dengan fokus "aku mahu tshirt" tak ingin buckle...sbb aku tak pakai baju 'tuck in' 😅

Sungguhpun 15 Mei yang lalu aku terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir mematahkan semangatku untuk meneruskan jadual latihan selama 3 bulan sehingga event day dan hampir let go foc bib kpd sesiapa yg mahu, tp kita bukan sembang standard kategori...ini Miler, bagi free pun org berfikir jutaan kali.

Lalu aku teruskan jua dengan kesedaran penuh dan tanpa complain aku meneruskan latihan brutal selama 3 bulan termasuklah 70km one off tanpa WS dari tengahari sampai 1 pagi sehinggalah, 

aku dapat tshirt!☺️

Sakit tepi paha kiri masih ada, sciatica pula sebelah pinggul & kaki kanan sebenarnya ada banyak hal yang hampir mengagalkan aku.

Namun aku tumpukan perhatianku sepenuhnya kepada hal yang aku mahu, tshirt.

Sama ada tshirt miler KAR, 

atau,

Tshirt pigi kebun puan Jovita.

Ketentuan Tuhan itu ajaib, nama kakak sulung saya Maisarah Gustin Abdullah Jovita pun sama.

Memang orang baik² 😘


Buat penutup penulisan ini, kuselitkan peringatan.

Dalam apa jua keadaan sekalipun,

Bersandarlah kepada prinsip hidup.

Selama mana kau kekal padanya, hidupmu pasti tak terumbang-ambing dan pasti kau akan manifest apa yang kau mahu bukan apa yang kau tidak mahu.🫡

Saturday, March 28, 2026

Tak dijemput.

Scroll tiktok nmpk vtt pengarang buletin tv9 meninggal dunia sbb kanser.(Al Fatihah)

Seumuran. Lahir 1981.

Sejenak terfikir,

Mungkin aku jahat?sebab tu masih hidup.

Lalu diberi peluang untuk taubat sebelum dijemput.

Pokoknya ada tugas belum selesai. 

Tapi aku penat dan jujur, aku bosan.
Sudah mulai bosan sejak 2018.
Sudah merasa punya anak, anak sudah besar.
Belajar sampai menara gading, dapat dekan.
Ingin miliki rumah, sudah dua.
Mahu rasa makanan enak, kini gemuk.
Hendak berbuat baik, kerja JKM.
Capai impian, 3 kali 100km.
Pergi merantau, sampai Himalaya.
Naik gunung, 8 puncak tanpa gagal.
Niat menulis, artikel diterbitkan di majalah Jepun tahun 2006.
Berhasrat jadi pemuzik, pandai bermain ukulele.
Cita-cita jadi pegawai, pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah.
Mengharapkan pasangan yang baik, ada.

Pencapaian semua inilah yang membuatkan aku, bosan.
Semua ini membuatkan aku sudah puas merasa.
Aku tidak mau lebih mahupun lanjut.
Telah kugapai semuanya, tiada lagi yang ku kejar.

Sudah tak mahu apa-apa lagi.
Sudah selesai dengan semuanya.
Tak bangkang jika harus dijemput pulang.
Andai ke neraka pun, aku redha jua.

Lalu,
Apa yang ku ikhtiarkan supaya aku lanjutkan hidup?
Mulai dengan langkah kecil.
Usai berakhirnya Ramadhan baru-baru ini, aku menyimpan hajat.
Semoga aku dipertemukan lagi Aidilfitri di tahun 2027.
Ya,
Aku mulai keinginan untuk terus hidup bagi tempoh setahun.
Apakah selepas itu aku masih bersemangat untuk hidup atau tidak, berserah. 
Bukan aturanku.
Intinya aku ingin terus hidup hingga next Aidilfitri.
Jika, aku dijemput sebelum sampainya.
Alhamdullilah.
Itu ertinya aku sudah siap menjalankan tugas-tugasku.

Sementara itu, dari kini hingga Syawal 1448 ; 
Fabi ayyi ala i rabikuma tukadziban.

Saturday, March 7, 2026

Autonomy is manifested through Humility

Face to face with the one that gave me chronic childhood trauma, emotional neglect and environment where showing weakness resulted in severe consequences, forcing me to act 'tough' or constantly prove worth to survive.

I used to think to be aligned with your higher self, we need to do multiple if not continuous shadow work and consistently regulate our emotional nervous system.

Today i realized, none of them is sustainable without humility.

Even forgiveness won't last because trauma isn't just stored in memory and body(fascia) it also fertilizes our subconscious in response to our pursuit of survivalism.

I can always forgive him, however to forget? Yes perhaps, but honestly not 100 percent.

There is always some residue of trauma scattered somewhere in my subconscious and ultimately triggered when similar or related events occurred.

Example ; i have extreme anger outburst due to my kid wasting the shower gel to make bubbles while taking too long time showering.

What happens behind the scene of the naked eye is i feel dejected of being punished due to that one eventful time when i was little, unalarmed and uncalled i was beaten with a burning painful slap on my cheek for spilling a bag of sugar while transferring it into a can.

I can forgive my dad, i understand his situation. Hurt people ; hurt people.

However, the memory, the sensation, the trauma stayed with me to the end.

So how do we manoeuvre from this?

How do we free ourselves from that trauma of being abused by our caretaker, the person we hang onto our life, the one that should be teaching us love and compassion who in return actually make an enemy out of us?

By...Letting Go.

Release that memory-this is easy. I've tried and successfully done it. Believe me, releasing bad memories is easy. It's called neuroplasticity. You changed the meaning you've given to it. With humor it accelerates faster. Forgiveness plays a vital role in this process.

However, the sensation that eventually to some extent influenced your intuition?

How do we let go of that?

Trauma response is automatic as a result of repetition over the years of surviving in this world.

There were 4 main trauma responses : fight, flight, freeze & fawn.

Therefore for someone who practiced fight response frequently in order to survive this long in this world, may have trouble to let go just by forgiveness.

Growing up with narcissistic parents, it's only logical for someone to become unable to exhibit humility.

And that's exactly what needed to Let Go than just simply forgiveness.

To be humble enough to still accept them unconditionally.

Maybe we thought we had let go of the trauma that they caused us.

Until it shows up in our anger outburst or in sadness over something that we didn't achieve.

Thus humility is key.

Humble to surrender that it's never about achieving but about the humility of accepting that we are okay that things didn't go as planned.

Humble to realize we are meant for so much more but today, Today is about being on par with them.

Humble to be aware that we are not any different from them.

We are all one...

Surviving.

Trying to find meaning about all that's happening.

Being confused.

Humility is key to Let Go, to be free from trauma that kept haunting us as if we owe the past everything.

Being humble is not a guarantee that you're no longer having an anger outburst.

That you completely no longer remember all the bad things that happened to you.

No.

It happened, it had hurt you.

But with humility that helps with letting go means you are no more attached with that story.

You are then able to pursue life how you intended it to be.

If screaming at your kid at the top of your lung means you may be able to imprint their mind of not wasting resources and time, go for it.

Humility teaches you that you can be, teach.

You've surrendered to accept all the wisdom from others.

Everyone is your teacher.

You have released control of how things should be and surrender to the flow of life thus that is what Letting Go is.

Autonomy is manifested through Humility.

In freedom there is no more friction, just flow.

There is no more anger, just softness.

No more fear, just joy.

To be free, we must be humble ; above everything else.

Thursday, February 12, 2026

Keropok dan Keaslian

Keropok ini bukan setakat nostalgia, bagiku ianya simbol kepada sikap dermawan.

Masa kecilku bukanlah sesuatu yang dipenuhi dengan suasana kasih sayang atau rasa selamat. Aku dan adik beradik dibesarkan dengan kebengisan bukan ketegasan, hukuman bukan bimbingan dan kebencian bukan penerimaan.

Ini hal lazim sebenarnya, apabila ibu dan bapa merupakan pemabuk. 

Pengabaian menjadi soal remeh dan kemiskinan merupakan masalah yang lebih besar.

Wajarlah aku dan adik beradik mempunyai trauma masa kecil dan kecenderungan bersikap negatif.

Kesan daripada tumbesaran yang disfungsi setiap adik beradik mempunyai jati diri yang kurang sihat.

Aku sendiri mempunyai sikap amarah yang meletus dan sadistik dalam berkata-kata.

Ada pula di antara adik beradikku yang juga menjadi pemabuk dan ada pula yang menjadi introvert.

Mungkin sukar dipercayai, aku sendiri tidak ingat pada usia berapa namun memoriku kuat mengingat pada suatu waktu umurku dalam anggaran usia di bawah 10 tahun.

Aku ingat, bapaku sering memberikan upah sekiranya kami akur menjadi model fotonya. Kadang-kadang upahnya berbentuk aiskrim, kadang-kadang pula cuma beberapa biji jeruk asam kecil berwarna hitam yang masih ku ingat sangat enak rasanya.

Kadang-kadang upahnya berbentuk duit syiling. Pada hari yang ku ingat seperti di dalam gambar di bawah. 

Bapaku menjanjikan upah jika kami mahu mengikut arahannya untuk menjadi model foto, lalu kakak-kakak dan abangku segera mengambil tag nama yang mereka dapati dari seminar keagamaan dan gambar tersebut dijadikan sebagai memori.

Sebenarnya aku tidak terlibat pun seminar tersebut namun oleh kerana aku memberikan kerjasama baik dan mencukupkan susunan dalam masa yang sama, bapaku dalam modus yang baik maka dia memberikan aku upah sebanyak 50 sen.

Namun, adik beradik yang lain tidak diberikan upah mungkin atas alasan mereka sudah besar dibandingkan aku iaitu anak bongsu pada waktu itu.

Menyedari hal itu, aku segera berlari membawa duit tersebut ke kedai untuk menghabiskannya bagi membeli keropok mee mee dan sekembalinya aku, segera mengagihkan kepada adik beradik yang lain.

Pada waktu itu aku juga tidak mengerti kepentingan dan nilai moral dalam tindakanku.

Benar...sepanjang usiaku, aku tidak melihat sikap kebaikan diri menjadi suatu nilai murni yang perlu diagungkan. Bukan sebab aku tiada ego, namun sebenarnya adalah kerana, aku juga tidak mengerti akan motivasi di sebalik perbuatan itu.

Ada peristiwa lain berkaitan ini, antaranya ialah seringkali apabila bapaku memberikan aku duit belanja ke sekolah aku akan berkongsi sedikit dengan abangku yang sedia menunggu aku di hujung jambatan. 

Ada pula sewaktu berumur belasan tahun aku menjadikan badanku sebagai perisai menerima pukulan bapaku bagi melindungi kakakku.

Ada lagi yang paling ku ingat, aku mengeluh dengan rakan sekerja tentang layanan adik beradikku yang teruk ke atasku. Rakanku tidak percaya dan mulai bersangka buruk ke atasku kerana memfitnah adik beradik sendiri. Sehinggalah pada satu waktu kami dalam perjalanan pulang kerja dan menaiki bas di terminal apabila kami terserempak dengan adik beradik lain yang sedang turun. Aku segera menegur namun adik beradikku menepis tanganku dan mengatakan dengan jijik bahawa mereka tidak mengenaliku. (Kami semua sangat muda pada waktu ini, sedikit pun aku tidak menyimpan dendam aku hanya menceritakannya semula.) Semua ini disaksikan oleh rakanku yang terkejut dan terdiam. Sehingga kami duduk didalam bas barulah dia meminta maaf kerana bersangka buruk terhadapku kononnya memfitnah saudara sendiri dan apabila dia sendiri melihat semuanya dengan matanya sendiri barulah dia sedar bahawa hidupku, memang luarbiasa sehingga aku masih mampu mempunyai reaksi normal atas semua yang berlaku.

Hakikatnya pada waktu tersebut aku tidak menganggap aku mempunyai akhlak yang baik kerana sebenarnya aku sendiri tidak mengerti.

Sehinggalah terjadinya kejadian kemarin apabila bekas rakan sekerja menyampaikan cerita tentang seorang insan yang pernah mengakibatkan luka dalam pada mental dan emosiku.

Beliau merupakan seorang pegawai yang lebih berpangkat. Keikhlasanku bersahabat dengannya sehingga aku memimpin tangannya semasa program kembara, membersihkan laluannya bagi mengelakkan tergelincir, meminjamkan dia aksesori naik gunung, mengambil anaknya dari sekolah dan menghantarnya ke rumah, mencari cek wang dirumahnya, mengeluarkan wang berjumlah ribu riban bagi pihaknya dan beberapa hal lagi sehinggalah dia memalitkan kesalahan besar padaku dengan ucapan "sekiranya ada kematian, maka engkaulah manusia yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya" sekaligus pada waktu itu dia cuba mengenakan tindakan tatatertib ke atasku.

Setelah 7 tahun lamanya, bekas rakan sekerja memaklumkan hidupnya kini 'bagai jatuh ditimpa tangga'

Aku tidak tersenyum sinis kerana sebahagiaan dalam hatiku tahu, hari itu akan tiba. Sebahagian lagi tanpa rasa, mungkin kerana aku telah menghapuskan kejahatannya dari ingatanku.

Semua hal ini membuatkan aku sedar, aku terlahir sebagai orang yang pelik.

Aku sedar aku tidak sama seperti adik beradikku yang lain.

Aku punyai sifat dermawan.

Aku sedar aku tidak sama seperti rakan yang lain.

Aku mampu menghapus hal dan orang yang membuatkan aku sedih.

Daripada tidak mengerti, aku kini menjadi sedar.

Keaslian dirimulah yang akan membawamu kepada kehidupan yang aman.

Tidak hanya tenang, tetapi aman.

Tidak terikat pada nilai moral tinggi, namun keupayaan melepas keterikatan itu mampu membawa kepada tujuan hidupmu yang lebih tulus.

Tidak bergantung kepada power play yang berpunca daripada agenda tersembunyi.

Tidak takut untuk merasa kehilangan atau kerugian.

Tidak cuba mengawal situasi untuk memenangkan ego.

Sekadar menerima semua pengajaran sebagai bentuk pengalaman.

Kali ini, aku tidak menulis dengan tujuan membawa pesanan nilai moral.

Penulisan kali ini cukup hanya untuk memaklumi bahawa...

Hidup ini ya memang benar tidak adil secara harekat.

Namun, ada suatu keseimbangan halus yang tidak terlihat pada mata kasar.

dan itulah elemen keTuhanan.

Setialah pada keaslian dirimu sungguhpun kau tersakiti, teraniaya dan dikhianati.

Setialah pada nalurimu yang lebih bijaksana dibandingkan fikiran logik dan emosi sensasimu.

Setialah pada setiap sisi dirimu termasuklah yang kau anggap sebagai kelemahanmu.

Kerana dari titik lemah itu adalah elemen sifar.

Dan sifar ialah dirimu yang asli.

Tanpa ego,

Tanpa syarat,

Tanpa dendam,

Tanpa ingin,

Tanpa nilai,

Tanpa paksa.

Dalam ruang kosong luas tanpa batas itulah kau bebas menjadi seikhlasnya tanpa keterikatan terhadap sebarang label, gol, simbol, naratif, autopandu dan alasan.





Friday, January 23, 2026

3 ilmu

ada 3 mekanisme dalam diri kita bagi tujuan pembuatan keputusan dan ketiganya perlu selaras.

1) perasaan-Hati : emosional ➡️ Tauhid(iman)

2) pemikiran-Otak : mental  ➡️ Fiqh(islam)

3) Naluri- Perut : spiritual ➡️ Tasawuf(ihsan)

Ya, perut. Kadang² otak cakap "Kita perlu duit, caj saja klien mengikut kesesuaian"

Hati pula cakap, "tak perlulah caj, kasihan pula klien cek sikit saja"

Percanggahan sedemikian mampu menenggelamkan keupayaan naluri.

Akhirnya naluri tidak dapat beroperasi dengan aktif.

Bina kendalian yang selaras di antara Otak dan Hati, maka Perut akan menghantar signal ke otak untuk keputusan yang mampu diterima oleh ketiga-tiga mekanisme.

Kuncinya ialah : selaras.

Jika pemikiran dan perasaan masih bertolak-tolak antara satu sama lain itulah yang mengakibatkan 'Defective Effect' atau ' Gelap Mata' sehingga terjadinya tragedi.


Jika disuruh pilih baik atau asli. Aku pilih asli.

kerana kita bukan baik,

kita hanya merasakan kita baik,

dan kemudian tersakiti,

kerana kononnya kita baik,

padahal kita mengkhianati diri sendiri,

dengan mengabaikan perasaan,

demi menjaga agenda tersembunyi diri kita sendiri,

jadi yang kita bilang 'baik' itu bukan baik,

namun hanyalah 'power play' cuma.

Tidak ada kebenaran tentang baik atau jahat di dunia ini.

Kerana kebenaran itu sendiri pun berlapis-lapis.

Si pemberi derma adakah dia baik sedangkan sumber kewangannya dari jualan barangan haram.

Si pencuri ubi adakah dia jahat sedangkan ianya untuk memberi cucunya makan.


Berhenti mencari baik buruk sesuatu maka pengertian kita menjadi jelas,

...dan yang ada ialah, keaslian.

Siri Alkisah : A'in

 Al kisah A'in.

Semasa masih hampir 2k senarai kenalan facebook, pasti tahu yang aku ini jenis suka siar.

Sampailah pada usia 40-an selepas mengharungi pelbagai macam sisi kehidupan aku ambil iktibar tentang natijah A'in atau 'evil eye'.

Prosesnya lama, bermula dari mengurangkan siaran sehingga menutup siaran dan sampailah sekarang senarai kawan aku hadkan ke 500 sahaja.

Bermakna jika ada jemputan kawan baru yang (mempunyai keperluan seperti urusan kerja) aku akan terima namun akan keluarkan kawan lama yang kurang aktif atau tidak berurusan secara bersemuka.

Aku ingat pada tahun 2016

Tahap aktif siaran aku sehinggakan makan tengahari ; siar, pergi beli tudung ; siar, ambil anak balik sekolah ; siar, jenis perawatan kulit ; siar.

Wajarnya pada waktu itu kulit muka aku bagus, tidak dinafikan niat menyiar itu ialah kerana 'Riak' namun ada juga disebabkan kerana ingin berkongsi maklumat yang boleh diaplikasi bersama.

Namun, tidak lama kemudian sebiji jerawat batu tumbuh di pipi dan seterusnya merebak ke seluruh permukaan.

Adik aku cakap "kau kena long kong" iaitu merujuk kepada filem Thailand yang berkaitan sihir dengki.

Mulai dari situlah aku percaya akan kewujudan A'in.

Tak semestinya pandangan setiap orang ke kita disulami dengan perasaan cemburu.

Malah kadang-kadang pandangan negatif itu, kita hantar kepada diri sendiri setiap kali gambar kita ditekan butang 'suka' mahupun setiap kali kita berinteraksi dengan kenalan tentang gambar tersebut.

Kita jadi lebih 'self conscious' atau malu. Malu jika esok hari pencapaian kita tak sehebat hari ini.

Malu jika esok hari penampilan kita tak sesegak hari ini.

Malu jika suatu hari, manalah tahu, rumah atau kereta di tarik Bank.

Nampak?

A'in akan menjadi ketakutan atau 'fear' dan kemelekatan atau 'attachment' kepada diri kita sendiri dan mengetatkan rasa 'keAKUan' atau lebih dikenali sebagai...Ego.

Pada akhirnya, seringkali apabila kita mengimbau semula siaran atau gambar tersebut pasti kita bertanya "kenapa aku ada gambar ni yah?". Gambar masa raya bersalaman peluk cium tangan suami/isteri, hakikatnya momen itu ialah momen peribadi. Gambar sekeluarga bersusun di restoran yang baru dibuka. Gambar dgn tiket kapal terbang.

Ini kerana, semua orang pun buat.

Umpamanya ia adalah hal normal yang menjadi tren pada zaman itu.

Sedangkan niat yang tersembunyi di sebaliknya ialah, ketakutan jika terasing, dilupakan dan menjadi tidak penting lagi.

Ketakutan kononnya tidak wujud atau 'mati'.


Aku akhiri penulisan ini dengan anjakan paradigma.

Mengapa hendak berpaut kepada sesuatu yang memang tidak akan kekal?

Mengapa mencemburui orang lain sedangkan menutup mata sendiri atas kewujudan diri sendiri?

Hidup kita ialah hak milik peribadi.

Tak perlu penjelasan, laporan bergambar apatah lagi 'pengesahan' daripada orang lain.

Siar jika mahu, silakan.

Namun ada beberapa cadangan untuk dipertimbangkan :

Simpan sedikit 'tentang' diri kita. Mungkin kenyitkan mata apabila bergambar bagi mengelak menunjukkan muka yang terlalu jelas.

Jangan tunjukkan seluruh bahagian rumah, terutama set perabot jati (kecuali untuk tujuan perniagaan)

Dan...cuba untuk tidak berdoa di facebook. Hafal doa tersebut untuk dilafaz di atas sejadah.

Ini ialah hal 'biasa' yang kita sangka norma.

Semua orang melakukannya.

Tapi? Bagaimana dengan diri kita?

Diri kita iaitu 'aku, saya & diri sendiri'?

Adakah simulakra yang kita tonjolkan kepada dunia, menjelaskan tentang 'aku, saya & diri sendiri'?


Jom introspeksi diri!

Monday, January 19, 2026

ilmu pelita hidup

 

🗣️ : how do you cope?

Me : shadow work ➡️ neuroplasticity.

Now, imagine replying that to somebody who wants an 'answer'.

Thus, i keep the lantern on.

Wednesday, January 14, 2026

Siri Alkisah : Keracunan Karbon Monoksida

Beredar di media sosial tentang kematian pasangan kekasih disyaki disebabkan keracunan karbon monoksida dalam sebuah kenderaan di Sandakan.

aku pernah ada pengalaman keracunan karbon monoksida pada tahun 2021.

Gara-gara membeli barangan dari aplikasi atas talian tanpa menyelidik baik dan buruk, andang semuanya di hujung jari.

Masa itu aku bertugas di unit tingkat atas bangunan pejabat yang suhu penghawa dinginnya setaraf dengan suhu di Panalaban khususnya musim puasa sehingga terpaksa membawa selimut untuk menutupi kaki di pejabat.

Akibatnya aku tanpa berfikir panjang, belilah alat pemanas 

Masa mula-mula pakai tidak ada masalah, selesa dan akulah orang paling bahagia dalam pejabat sedangkan yang lain terus merungut kesejukan.

Selepas sebulan lebih penggunaan, aku mulai nampak seperti tompokan garam atau permukaan sekeliling bahagian belakang kipas pemanas seperti bahan plastiknya melecur.

Aku anggap itu biasa.

Namun aku mulai rasai perbezaan yang mana aku cepat merasa lemah dalam pejabat.

Hal ini berlanjutan sehingga pada kemuncaknya aku merasa berat kepala yang amat sangat disertai dengan rasa mengantuk yang luarbiasa.

Rasa berat dan mengantuk ini berterusan walaupun berada di luar pejabat.

(2 hari sebelum bertolak untuk kembara berbasikal)

Yang peliknya aku langsung tidak merasa sakit. Hanya mengantuk dan rasa berat, tiada simptom demam, hanya berat dan mengantuk.

Hendak ke klinik namun aku tidak tahu apa yang patut aku terangkan kerana aku tidak merasa badan penat sama sekali sehingga rasa mengantuk itu keterlaluan. Nanti kena marah doktor lagi dan dikata, "mungkin anda cuma pemalas dan suka tidur".

Lalu aku gagahkan juga meneruskan aktiviti seperti normal, termasuklah melepak di kedai kopi dengan adik beradik dan seterusnya melakukan kembara berbasikal selama 3 hari 2 malam ke Kota Belud.

(Sehari sebelum bertolak ke Kota Belud)

Sebelum aku memulakan pengembaraan aku berdoa, doa yang sering aku panjatkan sebelum memulai sebarang aktiviti kembara,

"Semoga jumpa apa yang dicari"

Lalu aku berharap sepanjang kembara aku akan menemui jawapan punca rasa berat mengantuk itu.

Syukur sepanjang kembara, mungkin disebabkan aktiviti yang ekstrim sehinggakan seperti slogan ubat Panadol, "anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?"

atau mungkin kerana dikelilingi alam semulajadi yang menyegarkan.

Sedikit pun rasa berat mengantuk tidak terasa.

Syukur selepas kembali dari kembara yang pastinya memberikan perspektif baru dalam menjalani kehidupan, sebaik saja aku sampai di pejabat aku menurut naluriku dan membuang pemanas tersebut serta berniat untuk membeli yang baru dan berlainan model sambil itu dalam masa yang sama aku membuat kajian sendiri menggunakan Google tentang apa yang mengakibatkan simptom berat mengantuk tersebut.

Ada juga terdetik di dalam hati mungkin...ianya simptom penyakit kronik dan manalah tahu umurku tidak panjang.

Pada waktu itulah...aku mendapati aku keracunan karbon monoksida daripada kebocoran alat pemanas murahan itu.

Apa yang ingin ku sampaikan ialah, terkadang asbab kematian kita boleh berpunca daripada hal yang sangat biasa dan tidak disangka-sangka sama sekali.

Hargailah kehidupan ini.

Friday, January 9, 2026

2003 vs 2026

When my mom was my age, she tried to marry me off.

Now, at 45. My daughter is still playing gadget games and i wear socks in a blanket at home, like a grandma in a cosy cottage while, watching The Fellowship of the Ring with my cat.

I guess, my mom is acting her age at 45.

Meanwhile im too old yet still young at the same time.

Maybe its the world we live in, or maybe...these are the result of all my shadow work.


Sunday, January 4, 2026

"Kamu lebih mengetahui urusan duniamu.” (HR. Muslim, no. 2363)


Pengajaran di sini :

1)A'in itu nyata.

2)jauhi orang yang bernasib malang.

3)elakkan tunjuk bahagia di hadapan orang susah.

Penjelasan :

1)A'in berlaku dua arah, pertama yang melihat dgn niat buruk hanya dari pandangan mata. Kedua, hal buruk berlaku kepada diri kita sendiri apabila kita terlalu memerhati orang lain.

2)jika anda bergaul dengan 4 orang yang berjaya anda yang kelima begitu juga sebaliknya. Otak manusia mempunyai neuron 'cermin' bersifat meniru apa yang dilihat.

3)dihadapan orang susah, orang bahagia dilihat sebagai berlagak dan setiap apa yang mereka lakukan akan dianggap untuk menyinggung perasaan orang yang susah.

Kita tak semestinya baik apabila menolong orang susah kerana apabila timbul perbandingan taraf antara diri kita dan mereka maka itu akan membawa kepada 'ujub'.

Kita tak semestinya jahat apabila memutuskan untuk menjauhi orang susah kerana hanya diri kita sendiri jujur tentang tujuan kita dalam melakukan setiap hal, adakah kita menolongnya untuk tujuan bermegah?menambahkan ego?merasakan diri kita senasib dengannya?merasakan diri kita mempunyai lebih banyak dari dia?untuk membuatkan dia terhutang budi kepada kita? Terserah. Sesungguhnya diri kita sendiri lebih tahu akan urusan hidup kita. 

Justeru itu terserah jika kita dilabel tinggi diri, kedekut atau berlagak.

Berpergianlah ke tempat-tempat yang tidak dilihat oleh orang susah, dalam erti kata lain ;

Bersederhanalah.

'Kesombongan dimulai dengan Perbandingan'

Sombong tak hanya pada orang yang mempunyai keupayaan material.

Sombong juga ada pada orang susah yang mengagungkan kesengsaraaannya dengan merasa, "sungguh aku hebat kerana diberi ujian seberat ini"


Namun, sekiranya kita fokus pada diri, sungguhpun sunyi tak didendang, tak dilihat, dan tak disedari.

Hakikatnya hidupmu menjadi milikmu sendiri. 

Ceritanya, galaunya mahupun indahnya hanya engkau yang merasa dan menentukan makna.