Wednesday, August 12, 2026

thuma’ninah dan DNF a.k.a The Art of Yielding (seni mengalah)

perlu keberanian untuk menjadi finisher,

perlu keberanian berkali ganda dari itu untuk memilih DNF.


mengikut pengalaman, jarang memilih DNF, selalunya dipaksakan jua sungguhpun overtime dan melepasi garisan penamat walaupun pulang tanpa tshirt & medal.


Dalam larian denai, KAR miler ialah pengalaman kali kedua.

Kali pertama ialah semasa TMBT 100km dan ianya kerana ada sesuatu tentang bunyi guruh.


Sewaktu kecil, bapa selalu mengingatkan untuk menutup kepala dengan tapak tangan apabila bunyi guruh berdentum katanya jika tidak, kilat akan menyambar kepala.


Menjadilah ketakutan jika disambar kilat setiap kali guruh berbunyi.


TMBT 2022 mulai hujan pada waktu tengah malam sehingga hampir subuh. Sewaktu sampai dalam masa itu sambil mengalami AMS, lalu memutuskan utk DNF kerana merasa tertekan akan keadaan cuaca yang tidak memuaskan.


Hakikatnya, tidak ada sambaran kilat pada malam itu malah untuk turun ke tanah rendah bagi membantu mengurangkan AMS juga hanya mengambil masa setengah jam.


Jadi memilih untuk DNF adalah bukan kerana penakut, sebab jauh di lubuk hati kita, kita tahu...ketakutan hanyalah ilusi. 

Naratif yang mengkhianati diri sendiri. 

Kita sedar itu.


Jadi mengapa masih memilih DNF?


itulah 𝑻𝒉𝒆 𝑨𝒓𝒕 𝒐𝒇 π’€π’Šπ’†π’π’…π’Šπ’π’ˆ iaitu π‘Ίπ’†π’π’Š π‘΄π’†π’π’ˆπ’‚π’π’‚π’‰.


Untuk menerima kekalahan sedangkan kau tahu kau masih mampu berjuang.


Berani untuk memilih, Peace of mind.

Berani untuk mencuba, Lagi.

Berani untuk jatuh, dan Bangun.


Bukan keputusan sepele.


Dilema bergolak didalam diri di antara logik, perasaan dan firasat.

Namun masih memilih DNF.

Memaklumi, yang kita harus kembali lagi dalam anggaran 12 bulan dari waktu itu.


Fleksibel, untuk mengulang semula.

Sabar, untuk mula berlatih dengan lebih giat.

Harmoni, untuk menyerah.


Justeru itu, ianya bukan kelakuan pengecut.

Malahan, DNF ialah lambang keberanian untuk bertarung dengan ego diri sendiri dan,


Pause(thuma'ninah), untuk beraksi...Lagi.



No comments:

Post a Comment