Friday, January 23, 2026

Jika disuruh pilih baik atau asli. Aku pilih asli.

kerana kita bukan baik,

kita hanya merasakan kita baik,

dan kemudian tersakiti,

kerana kononnya kita baik,

padahal kita mengkhianati diri sendiri,

dengan mengabaikan perasaan,

demi menjaga agenda tersembunyi diri kita sendiri,

jadi yang kita bilang 'baik' itu bukan baik,

namun hanyalah 'power play' cuma.

Tidak ada kebenaran tentang baik atau jahat di dunia ini.

Kerana kebenaran itu sendiri pun berlapis-lapis.

Si pemberi derma adakah dia baik sedangkan sumber kewangannya dari jualan barangan haram.

Si pencuri ubi adakah dia jahat sedangkan ianya untuk memberi cucunya makan.


Berhenti mencari baik buruk sesuatu maka pengertian kita menjadi jelas,

...dan yang ada ialah, keaslian.

No comments:

Post a Comment