Sunday, January 4, 2026

"Kamu lebih mengetahui urusan duniamu.” (HR. Muslim, no. 2363)


Pengajaran di sini :

1)A'in itu nyata.

2)jauhi orang yang bernasib malang.

3)elakkan tunjuk bahagia di hadapan orang susah.

Penjelasan :

1)A'in berlaku dua arah, pertama yang melihat dgn niat buruk hanya dari pandangan mata. Kedua, hal buruk berlaku kepada diri kita sendiri apabila kita terlalu memerhati orang lain.

2)jika anda bergaul dengan 4 orang yang berjaya anda yang kelima begitu juga sebaliknya. Otak manusia mempunyai neuron 'cermin' bersifat meniru apa yang dilihat.

3)dihadapan orang susah, orang bahagia dilihat sebagai berlagak dan setiap apa yang mereka lakukan akan dianggap untuk menyinggung perasaan orang yang susah.

Kita tak semestinya baik apabila menolong orang susah kerana apabila timbul perbandingan taraf antara diri kita dan mereka maka itu akan membawa kepada 'ujub'.

Kita tak semestinya jahat apabila memutuskan untuk menjauhi orang susah kerana hanya diri kita sendiri jujur tentang tujuan kita dalam melakukan setiap hal, adakah kita menolongnya untuk tujuan bermegah?menambahkan ego?merasakan diri kita senasib dengannya?merasakan diri kita mempunyai lebih banyak dari dia?untuk membuatkan dia terhutang budi kepada kita? Terserah. Sesungguhnya diri kita sendiri lebih tahu akan urusan hidup kita. 

Justeru itu terserah jika kita dilabel tinggi diri, kedekut atau berlagak.

Berpergianlah ke tempat-tempat yang tidak dilihat oleh orang susah, dalam erti kata lain ;

Bersederhanalah.

'Kesombongan dimulai dengan Perbandingan'

Sombong tak hanya pada orang yang mempunyai keupayaan material.

Sombong juga ada pada orang susah yang mengagungkan kesengsaraaannya dengan merasa, "sungguh aku hebat kerana diberi ujian seberat ini"


Namun, sekiranya kita fokus pada diri, sungguhpun sunyi tak didendang, tak dilihat, dan tak disedari.

Hakikatnya hidupmu menjadi milikmu sendiri. 

Ceritanya, galaunya mahupun indahnya hanya engkau yang merasa dan menentukan makna.

No comments:

Post a Comment