Monday, August 17, 2026

Kesihatan Vs Kesejahteraan


Andainya kita pandang dan dengar melalui sudut perspektif perubatan, memang 42km marathon 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 untuk sihat tubuh badan.
Untuk sihat tubuh badan : puasa, jalan kaki dan luangkan masa dengan alam semulajadi.

Namun sebelum itu, kita harus jelas akan konsep Kesihatan dan Kesejahteraan.
Kesihatan lebih menjurus kepada tanggapan penyakit, ubat dan rawatan.
Kesejahteraan menjurus kepada keselarasan, keharmonian dan ketenteraman.

Lalu adakah berlari 42km bertujuan untuk sihat?hakikatnya berlari 42km boleh menjadi risiko kepada penyakit terutamanya jika register dan lari tanpa latihan khusus.
Kalau kita buat research merujuk kepada orang barat(sebab acara marathon bermula di negara barat iaitu Greek)untuk menyertai acara 42km marathon, latihan sebenarnya mengambil masa...ENAM bulan.
Latihan itu termasuklah : interval/fartlek, threshold, zone 2/MAF, iso/plyometric, unilateral, weightlifting, cross training(swim & cycling), core/strenght, drilling, mobility & stability(banyak lagi yang berada di luar pengetahuan penulis)
Jadi maksudnya, proses untuk menyiapkan diri bagi acara 42km adalah untuk kesihatan secara 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 langsung.
Secara langsungnya lari 42km bukanlah untuk kesihatan kerana dalam masa yang sama  ia menimbulkan risiko kecederaan seperti jatuh, terseliuh dan khususnya DOMS (delayed onset muscle soreness)
Tetapi, menyertai acara larian 42km memberikan : 
Pencapaian (self gratification @ glory-bangga diri) 
Boost self esteem (meningkatkan nilai diri @ minta puji)

Namun, adakah kita sedar manfaat positif di sebalik bangga dan minta puji?
Dunia zaman sekarang ialah dunia AI, dunia teknologi digital. Bentuk komunikasi kita pun sudah jauh berbeza berbanding zaman 'pen pal' dulu².
Pengertian posting pencapaian di media sosial adalah suatu bentuk sosialisasi bukan sekadar minta puji dan berbangga-bangga.
Bersosial atau bergaul pula ialah mekanisme utama untuk mewujudkan connection di antara manusia.
Maknanya, selagi seseorang itu masih posting di media sosial itu di kira bagus, kerana itu bererti dia tidak mengasingkan dirinya daripada masyarakat.
Masyarakat pula ada pelbagai dalam konteks perbincangan ini, masyarakat ialah komuniti runner di Sabah. Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti, hendaklah kita menyertakan diri kita dalam suasana tren semasa.

Jadi, acara 42km mungkin bukan teknik khusus untuk kesihatan tubuh badan, namun ianya adalah salah satu metod untuk kesejateraan jiwa.
Sesungguhnya manusia ialah makhluk sosial. Bak kata Aristotle (ahli falsafah dari Greek juga) 
'𝑀𝑎𝑛 𝑖𝑠 𝑏𝑦 𝑛𝑎𝑡𝑢𝑟𝑒 𝑎 𝑠𝑜𝑐𝑖𝑎𝑙 𝑎𝑛𝑖𝑚𝑎𝑙''

Maka dengan itu, ikut larian 42km bukanlah untuk kesihatan tubuh badan tetapi untuk kesejahteraan sosial iaitu sebahagian daripada 𝟖 𝐃𝐢𝐦𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚.

No comments:

Post a Comment