Friday, August 7, 2026

Lelaki dan pilihannya

Teringat pesanan sahabatku sewaktu mulai berkerja dalam sektor awam,

"Kita ni, kerja kerajaan. Senang buat loan. Kalau ada lelaki bermulut manis cuba mendekati kita...ada niat tu"

Selepas itu aku mulai perasan penjawat awam kaum wanita di sekelilingku yang mempunyai suami yang tidak berkerja.

Kebanyakannya, bersikap 'free loader' atau yang biasa kita panggil 'biawak hidup'.

Mulai dari itu aku prejudis akan lelaki dengan pilihannya.

Namun, usai di usia yang kita gelar 'bau tanah' ini aku melihat dari sudut yang lebih universal.

Apakah benar lelaki memilih pasangan berdasarkan kecenderungan untuk menjadi biawak hidup atau kerana memilih untuk stabiliti.

Hakikatnya, wanita yang mempunyai wang adalah wanita yang serba cukup, apabila dia serba cukup maka dia mempunyai sikap yang tenang. Apabila dia tenang maka dia, stabil.

Manakala, lelaki selalunya akan memilih seorang wanita sebagai isterinya walaupun bukan kerana rupa atau perasaan nafsu. 

Namun, kerana wanita tersebut memberinya perasaan yang tenang.

Wanita yang mempunyai wang, kurang huru hara kerana selagi ada wang setiap urusan jadi lebih mudah. Maka dia lebih tenang.

Sedangkan lelaki akan memilih isteri yang membuatkannya 'feel good about himself'.

Kerana dia sedar perkahwinan ialah perjuangan yang tanpa hentinya.

Oleh yang demikian, tidaklah semestinya lelaki yang mendekati wanita yang berduit itu adalah 'biawak hidup' namun energi wanita itu yang mempunyai aura 'ketenangan'.

Dan lelaki menginginkan itu.

Jadi, ya benar wujud jenis lelaki dayus atau 'biawak hidup' tapi kebanyakan lelaki memilih pasangan disebabkan stabiliti.