Saturday, August 15, 2026

scandal @ soulmate?dan kenapa temunya di Denai??

...bolehkah?
Kalau kita berlari, kita berlari saja
Datang➡️check in➡️kena tiup wisel➡️lari➡️sampai finish line➡️ambil t-shirt➡️pulang.

Tidak best bah, baca pendedahan isteri tengah sarat mengandung terpaksa guna medsos untuk expose screenshot moment² benih soulmate berputik...kembang tekak wei, sepa mampu jatuh sinta di butm tu aku memang respek la 
Aku tau butm tu bukit talantang sija pastu kalau musim hujan licak sampai macam slide dalam hati menyumpah seranah "woi ini bukan trail run ni, kalau aku mau main licak buat apa aku bayar beratus²"
Mcm mana bulih terfokus jatuh sinta sama orang sedangkan bini & anak menunggu kepulangan?

Jap aku masih indak paham macam mana emosi cinta bulih timbul time aktiviti lasak??
Aku tau : makan, air, ais, birak, kencing, duduk, pil chikittikaun, makan lagi, ais lagi, himalayan candy, makan lagi, ais lagi, kencing². Lepas tu "ehh?mana tagging??"
Panik, takut, ghisau, silaka tu batu duduk tengah jalan bikin tersadung, jap mana tongkatku, mana tiger balm lotionku, oh..ada, syukur. Jap ini WS keberapa suda?

Mcm mana emosi cinta bulih menyempit??

Ada juga lah sedikit, time naik subuh sebab ada view rasa bahagia tu hadir walaupun sekejap, " its good to be out here today, thankful to be alive"
Kejap jer...bila tengok jam,
"Silaka!tinggal 1%...lari woi lari"

Cinta ni...macam juga amarah, benci, sedih.
Dia, tetamu saja.
Datang seketika dan pulang lagi.
Tapi apa yang kekal sebagai manusia ialah nawaitu.
Niat untuk sihat, niat nak popular, niat test power, niat untuk flex, niat untuk bucket list.

Tentukan niat.
Hatta naik bukit botak yang panas, yang tiada limbu², yang bikin haus, yang banyak kes oramg jatuh tapi kalau niat mau jumpa soulmate, ya pasti dapat.

Tiada salah tiada betul, mungkin memang cinta mereka tulus🤲🏻
Moga si isteri tabah, jika masih ada niat untuk meneruskan ujian perkahwinan semoga diberi kekuatan.
Jika sebaliknya, hadapi saja. Tiada gerenti ada yang lebih baik menanti di hadapan sana, namun anak²mu ingin ibu yang bahagia sis.

Maka engkau ada 3 pilihan :
Terima,
Tukar,
atau Tanggalkan (lepas).

Yang berkasih sayang di butm itu, ya kita doakan saja. 
Sebab lepas butm ada kar, lepas tu ada tmbt, ada buhm, ada kokol, kionsom, ada karma. Eh?!

(gambar ilustrasi di bukit botak...soulmate ku ternyata sehanya pokok)

 

No comments:

Post a Comment