Scroll tiktok nmpk vtt pengarang buletin tv9 meninggal dunia sbb kanser.(Al Fatihah)
Seumuran. Lahir 1981.
Sejenak terfikir,
Mungkin aku jahat?sebab tu masih hidup.
Lalu diberi peluang untuk taubat sebelum dijemput.
Pokoknya ada tugas belum selesai.
Tapi aku penat dan jujur, aku bosan.
Sudah mulai bosan sejak 2018.
Sudah merasa punya anak, anak sudah besar.
Belajar sampai menara gading, dapat dekan.
Ingin miliki rumah, sudah dua.
Mahu rasa makanan enak, kini gemuk.
Hendak berbuat baik, kerja JKM.
Capai impian, 3 kali 100km.
Pergi merantau, sampai Himalaya.
Naik gunung, 8 puncak tanpa gagal.
Niat menulis, artikel diterbitkan di majalah Jepun tahun 2006.
Berhasrat jadi pemuzik, pandai bermain ukulele.
Cita-cita jadi pegawai, pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah.
Mengharapkan pasangan yang baik, ada.
Pencapaian semua inilah yang membuatkan aku, bosan.
Semua ini membuatkan aku sudah puas merasa.
Aku tidak mau lebih mahupun lanjut.
Telah kugapai semuanya, tiada lagi yang ku kejar.
Sudah tak mahu apa-apa lagi.
Sudah selesai dengan semuanya.
Tak bangkang jika harus dijemput pulang.
Andai ke neraka pun, aku redha jua.
Lalu,
Apa yang ku ikhtiarkan supaya aku lanjutkan hidup?
Mulai dengan langkah kecil.
Usai berakhirnya Ramadhan baru-baru ini, aku menyimpan hajat.
Semoga aku dipertemukan lagi Aidilfitri di tahun 2027.
Ya,
Aku mulai keinginan untuk terus hidup bagi tempoh setahun.
Apakah selepas itu aku masih bersemangat untuk hidup atau tidak, berserah.
Bukan aturanku.
Intinya aku ingin terus hidup hingga next Aidilfitri.
Jika, aku dijemput sebelum sampainya.
Alhamdullilah.
Itu ertinya aku sudah siap menjalankan tugas-tugasku.
Sementara itu, dari kini hingga Syawal 1448 ;
Fabi ayyi ala i rabikuma tukadziban.
No comments:
Post a Comment