Percaya atau tidak?
Jika kita sebagai manusia akan merasa tidak selesa apabila hidup jadi baik-baik saja?
Perasaan panik yang halus muncul secara diam-diam sekiranya semuanya baik-baik saja.
Merasakan...jika semuanya sempurna, pasti akan datang musibah atau kesedihan.
Dan...akhirnya itu benar.
Kenapa?
Bukan kerana ianya takdir, namun kerana fikiran, hati dan perasaan kita sendiri yang menetapkan sedemikian.
Kita sendiri yang menjangkanya supaya berlaku.
Hakikatnya cinta, tenang dan bahagia bukanlah pengertian kepada kesempurnaan.
Cinta tanpa syarat merupakan hal yang penuh pengorbanan.
Tenang memerlukan sabar yang hebat,
dan bahagia malah dirasai dalam suasana kekurangan.
Jadi jangan pernah ragu untuk menggunakan pemikiran, hati dan perasaan kita untuk cinta, tenang dan bahagia.
Usah disyaki bahawa musibah dan kesedihan bakal menjelma kerana,
Hidup ; menurut piawaian ialah suatu perjalanan yang derana.
Lalu jangan dijangka, jangan ditunggu.
Ujian akan datang pada waktunya.
Tugas kita pada saat ini ialah menggunakan pemikiran, hati dan perasaan bagi tujuan yang hanya bersangkutan tentang cinta, tenang dan bahagia.

No comments:
Post a Comment