Monday, December 8, 2025

'kasihan' the origin

Membahas tentang 'kasihan', harus ditelusuri penyebab dan punca bagaimana timbulnya rasa 'kasihan'.

Sebenarnya asal rasa kasihan adalah bermulai dari rasa kebersamaan atau solidariti.

Si budak dirasuk berumur 14 tahun ialah umur gadis meningkat remaja. Pada lingkungan umur inilah gadis bertubuh kecil/bmi rendah a.k.a kurus mulai datang haid.

Kebiasaannya budak perempuan yang berbadan lebih feminin contohnya seperti gempal lebih dahulu datang haid.

Pada waktu inilah tahap sensitiviti gadis memuncak. Emosi disebabkan hormon menjadi turun naik, lebih cepat marah, lebih cepat terasa, lebih mudah sedih dan tahap tidak yakin diri meningkat.

Logiklah gadis tersebut mudah dirasuk jin disebabkan situasi emosinya yang kurang stabil dan pernah merasa rasa diri dipulaukan (impak kurang keyakinan diri) seperti mana si budak a.k.a jin merasa kesunyian tiada yang ingin berteman dengannya.

Selain itu impak emosi kurang stabil ialah mudah putus asa dan berdukacita.

Inilah pengertian Iblis iaitu makhluk sebangsa jin.

Dan, iblis akan terus menerus berada disekeliling kita hingga hari kiamat. Maka itulah kita harus hidup dengan 'kesedaran'

Oleh itu punca timbulnya rasa kasihan ialah disebabkan pernah merasa putus asa dan berdukacita.

Kita mengasihani orang miskin kerana?

Kerana kita pernah merasa sedih atas kesusahan dalam usaha kita untuk memiliki sesuatu.

Dalam hal ini, disarankan untuk kita mempraktiskan 'Tabula Rasa'.

Setiap kali sesuatu terjadi, kembali ke suatu garis neutral.

Hayati kebahagiaan seperti baharu.

Hadapi kesusahan seperti baharu.

Usai terjadi ; lepaskan.

Nostalgia itu romansa namun, boleh menjadi perangkap kitaran yang berulang-ulang.

Apabila rasa kasihan menjelma, jujur pada diri.

Akui kedatangannya namun lepaskan tanpa beban.

Hal ini perlukan latihan.

Sekelumit rasa terdetik dihati yang serentak timbul di benak akan mewujudkan realiti sefrekuensi dengan rasa, fikiran dan aksi.

Tuailah pada waktunya namun pastikan benih yang kau semai adalah hal-hal yang kau ingin ciptakan.

Bukannya yang kau 'anggap' layak kau terima.

Tentukan harga diri dan nilai mu.

Jika hatimu penuh cinta, semailah benih cinta tanpa syarat.

Jika hatimu penuh keraguan, yang tumbuh ialah cinta tak kesampaian.



No comments:

Post a Comment