bila saya nasihatkan anak-anak,
"jangan mudah 'kasihan'"
Mereka hairan.
Bukankah mengasihani orang lain ialah hal yang bermoral?
Banyak orang keliru antara kasihan dan merendah diri.
Kedua sikap ini serupa tapi berbeza.
Tanggapan umum ialah kita akan mengasihani orang lain kerana kita merupakan orang yang merendah diri.
Cerita-cerita dalam filem P. Ramlee menggambarkan orang kaya dan tinggi diri ialah sombong dan tidak bersimpati dengan orang miskin.
Namun, dengan adanya sifat merendah diri kita mampu merasa kasihan pada orang yang lebih memerlukan.
Sebenarnya bila kita menolong orang susah sekalipun tidak bermakna kita merendah diri.
Sebaliknya menolong orang lain boleh mengakibatkan kesombongan.
Tentunya ia sikap yang bertentangan dengan merendah diri.
Bila kita kasihankan orang, itu akan membuatkan kita ingin membantu mereka.
Ini kerana kita telah merasakan bahawa mereka itu 'lemah' atau 'miskin' atau 'kurang bernasib baik' dibandingkan dengan kita.
Sedangkan kita lebih beruntung dan mempunyai kelebihan dibandingkan dengan mereka.
Maka itulah mulai benih kesombongan.
Merendah diri ialah kemampuan untuk mengalah, menerima dan mengambil (tanpa tentangan) setiap ujian yang datang untuk 'mengajar' kita.
Merendah diri ialah mengakui kita ini bukan siapa-siapa.
Tiada siapa berhutang dengan kita. Setiap amal kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain sepatutnya bukanlah sebagai identiti kita sendiri melainkan ikhlas demi Tuhan.
Kita tidak punya apa-apa : kualiti, skil atau kuasa.
Merendah diri ialah kemampuan untuk tidak dipandang, tidak didengari, tidak dikenali, tidak disedari dan tidak didendang.
Suatu kelegaan apabila diabaikan, dilupakan, terlepas pandang dan tidak dianggap.
Sudah fahamkan...betapa sulitnya merendah diri?
Disebabkan itulah kurangnya sifat ini pada kita sebagai manusia.
Kisah benar : https://www.facebook.com/share/p/1ALsovPHs1/
Perkaitan dengan cerita yang dikongsikan, si penulis mengasihani si budak yang bunuh diri kerana membunuh diri disebabkan oleh hal yang remeh. Secara bawah sedar, si penulis merasakan si budak bunuh diri lemah kerana membunuh diri tanpa berfikiran panjang. Baginya tidak mungkin dia membunuh diri untuk hal sekecil itu.
Lapisan rasa emosi di permukaan ialah 'kasihan' namun lapisan rasa emosi di bawah sedar ialah 'kesombongan'.
Dan sikap iblis paling utama ialah : Sombong.
Lalu apabila timbul kesombongan didalam hati si penulis maka bertembunglah frekuensi antara suasana hatinya dengan frekuensi syaitan.
Merujuk kepada metod perubatan kerohanian, begitulah kebiasaannya cara syaitan merasuki manusia iaitu, sefrekuensi.
Namun, oleh kerana si penulis juga mempunyai sikap merendah diri, dia segera memanggil bapanya untuk mendapatkan pertolongan.
Ada dua hal yang mungkin terjadi :
1)si penulis terus mengasihani si budak bunuh diri lalu menjadi mangsa kerasukan seterusnya.
2)si penulis tidak merendah diri lalu menentang syaitan tersebut secara bersendirian.
Ketahuilah apabila timbul rasa kasihan terhadap orang lain itu bermakna wujud suatu sikap membandingkan di antara diri kita sendiri dan orang lain.
Elakkan perbandingan dan terimalah perbezaan.
P/s tips menerima perbezaan :
Pertama, cukup sekadar belajar mengerti salah lakunya adalah disebabkan khilaf yang ada pada setiap manusia.
Kedua, teruskan hidup. Usah difikir-fikir berlebihan tentang orang lain. Fokuskan perhatian kepada diri sendiri. Bagaimana untuk menjadi lebih sedar, tenang dan ikhlas.
![]() |
| belajar |


No comments:
Post a Comment