I had a panic attack at 2am di Kg. Gansurai.
Umum yg suda pernah melepasi route 60km KAR sudah maklum area Gansurai agak mistik.
Ada yang tercium bau harum, ada yg 'kelihatan', ada yg meremang bulu.
Logikal, suasana Gansurai memang terlihat creepy sebab, 1)sunyi kawasan rumah tertutup oleh pokok² (2)aside from podiumers kawasan ini akan dilewati pada waktu wee hours maksudnya tengahmalam (3)uphill tak nampak langit menambah suasana misteri.
So, sebelum start 100km memang sudah berdialog dgn diri sendiri, bagaimana harus menangani situasi di kawasan tersebut. Pada awalnya menganggap "paling tidak pun seperti sebelumnya tak tersengaja berpacer dgn runner lain"
Namun pada kali itu...sobat runner yang pernah berpacer di kawasan tersebut sudah menamatkan percubaan di water station sebelumnya.
Aku menyapa marshall sebelum mulai hill attack dgn bahasa basi "ada anjing ka?" Oh tiada, jawabnya. "Pelan² saja, di atas sejuk sampai nyamuk pun tiada tu"
Ok kataku dalam hati, nyamuk tiada apalagi anjing. This should be tolerable.
Sepanjang naik, hanya berselisih dengan 2 orang runner walhal tempoh hill attack mengambil masa hampir sejam.
Tengok depan, boring rasa seksanya. Mencuba untuk melihat sekeliling rasa mistik pula.
Lalu mulailah mengira KM, "eh kan sepatutnya selepas melepasi generator tu boleh nampak rumah² orang kampung" "sabar...sikit masa lagi jam 3, lepas tu jam 4, pasti ada orang kampung yg gerak ke kebun seawal jam 5. Ertinya jam sekalian sudah pasti ada orang² yang bangun dari tidur"
Namun, suasana masih gelap, pekat.
Dan....pada saat inilah. Aku masuk dalam survival mode.
"Macam mana lah tu...kalau ko kena heart attack di sini."
🤯
Sejurus selepas pemikiran itu melalui didalam benak...segala macam pemikiran seasasnya mulai timbul.
"Adakah kau terlentang ditengah jalan atau di tepi route?"
"Adakah runner lain perasan atau sempatkah kau diselamatkan?"
Hebat yah pemikiran manusia.
Dan...laksana itu, dada kiriku mulai terasa sakit.
Perit. Nafasku mulai laju. Penglihatanku mulai berpinar-pinar.
Ketakutan menyelubungi bagai kabus hitam ingin menelan dan menutupi segalanya pada pace yang agak laju dan sepantas kilat, aku bukan dia yg sama semasa memulai acara larian.
Aku sepertinya menjadi orang lain yang bukan asalku.
Syukur alhamdullilah, aku ada membuat pembacaan bagaimana otak kita berfungsi.
Apabila berada didalam situasi demikian, sedar bahawa ianya ialah Ego-self kita yang sedang cuba mengelakkan dirinya dari terhapus.
Tugas ego ialah membantu kita terus survive dalam situasi yang membahayakan dan ego membantu kita untuk terus hidup.
Selaras dengan itu, ego memalaskan diri kita dalam comfort zone.
Apabila kita keluar atau terkeluar dari zone tersebut, ego berisiko untuk terhapus kerana pada saat getir tanpa comfort...hanya satu mampu melapangkan perasaan kita iaitu : Penyerahan total. Berserah kepada takdir, hal ini sejajar dengan kerelaan hati menerima segalanya termasuk : kematian. Yakni hal yang paling ditakuti oleh Ego-self kita.
Umum, kematian adalah hal yang menakutkan, belum puas bahagia, tak bersedia berpisah dengan orang tersayang dan ibadah belum mencukupi.
Atas dasar inilah yang menyebabkan Ego-self memberi soalan² mencabar dlm benak lalu menimbulkan ketakutan kepada diri sendiri supaya hentikan saja larian. Duduk di tepi sehingga siang dan minta pertolongan dari orang kampung.
Jujurnya, pada saat ini, hanya satu mampu menyelamatkan diri kita iaitu : Kesedaran.
Sedar bahawa, itu semua ialah ilusi rekaan Ego-self dengan niatnya utk mengekalkan kita terus hidup.
Tak jahay namun tak juga baik niatnya.
Ada hal yang memerlukan penyerahan total dan hanya mampu dikecapi pada saat yang terlalu getir contohnya menghidapi penyakit kritikal, umpamanya situasi di ambang maut.
Setiap manusia perlu melatih diri untuk Penyerahan total demi keseimbangan hidup material dan spiritual.
Impaknya kita akan jadi lebih ampuh menghadapi ujian hidup.
Namun, apabila ego-self cuba mencantas proses spiritual penyerahan total, apa yang harus kita lakukan?
Kesedaran.
Sedar, bahawasanya sakit dada ini ialah ilusi, sesak nafas ini ialah ilusi.
Teknik seterusnya, nyatakan 'persoalan' kepada diri.
"Oh?serangan jantung?bagaimana mungkin?kiraan heartbeat pada jam ialah 111. Yah itukan heartbeat brisk walk?"
"Bagaimana mungkin sakit jantung pada saat ini?Tidak panas, tidak juga tekanan. Suasana malam, sejuk, sunyi. Stressnya dimana?'
"Bagaimana mungkin ini ialah serangan jantung...jika bahu kiri dan belakang tidak merasa kebas atau sakit?"
Usai bertanyakan soalan² counterattack terhadap ego-self. Secara fizikal, senyumlah dan sedarilah bahawa "kita selamat. Laluan ini pasti ada penghujungnya. Jika tidak berhujung dengan rumah orang kampung pastinya berhujung dengan kanopi water station."
Segmen Gansurai berakhir dengan pengalaman yang luarbiasa, sesampai aku di water station. Aku membuka kasut dan baring bersebelahan runner lain. Tidak tidur namun hanya menutup mata menikmati bunyi-bunyian cangkerik dan burung² yang baru bangun bakal memulaikan hari mereka.
Aku menikmati kewujudan ku, kebersamaan ku dengan semesta selama sejam lalu meneruskan perjalanan.
Dan untuk mengakhiri cerita ini, ku simpulkan bahawa inilah penyebabnya aku menyertai program larian.
Melatih diri akan
1)Penyerahan total
2)menikmati ujudku
3)menjiwai kebersamaan
4)bersatu dengan alam
5)menguatkan Kesedaranku.
Semoga apa yang dicari terus ditemui!

 
 
No comments:
Post a Comment