Tuesday, February 25, 2025

In the midst of chaos, there is stillness.

Butm 2025 tahun ini agak special yah, apa itu mungkin disebabkan trail yang berlumpur dan menggelongsor, cuaca hujan dari flag off ke petang dan ke lewat malam atau juga mungkin kurangnya penyertaan daripada perlari² otai.

Namun, ini semua baru bagiku. Kali pertama aku menyertai larian denai ialah butm 30km 2018.
Sebelumnya aku menganggap tiada yang istimewa tentang larian denai. Ku bilang, "sudahnya kau berlari berjam-jam, kena panas dan hujan, menghadap risiko bahaya dalam hutan lagi, where's the fun in that?no joy!"
Namun selepas merasa kenyamanan bambu² di Namadan, ternyata asyik juga yah dan dari situlah aku menjadi perlari denai, baru lagi baru 7 tahun.
Lalu apa yang aku harapkan semenjak klik register 100km pada bulan disember yg lalu, wajar pastinya ingin mendapatkan medal sebagai menebus medal yang terlepas bukan rezeki pada tmbt 100km 23.
Hakikatnya medal hanya suatu tanda namun tidak semestinya memberi makna.

Lalu, apa yang kita cari?
Pemikiran manusia punya 'lapisan' a.k.a shadow self. Mungkin pada lapis pertama aku punyai misi realistik iaitu ingin mengenali dan mengalami kesemua siri 100 km di pantai barat, dari kiulu (butm) ke kota belud (kar) ke kundasang-ranau(tmbt).
Selepas mengecapi semua, jujur aku rancang untuk bersara terus dari kategori 100km.
Apakah 'lapisan' kedua?
Dendam.
Jujur...ada sedikit baki dendam tersisa apabila aku cuma kelewatan 14 minit 15 saat pada tmbt 2023. Memang bukan medal yang jadi idaman namun, pengiktirafan itu suatu kebanggaan, it boost our self esteem, honestly. Dendam semakin tebal apabila aku mendengarkan gosip² bahawa ada juga yang lewat sejam namun diberi masa tambahan. Tidak dinafikan, dendam merupakan elemen paling kuat yang menjadi pembakar semangat kerana energinya dendam mempunyai vibrasi yang aktif berbanding 'berdamai dengan takdir'.
'Lapisan' ketiga bagaimana pula?
Nah...disini ku berikan ruang kosong untuk diriku sendiri bagi mendalami makna 100km pada kali ini.

Pelbagai dugaan dan keraguan ku hadapi sepanjang perjuangan selama 2 bulan. Waktu terhad untuk latihan terutamanya. Namun kadangkala apa yang kita kesalkan bukanlah berlaku 'ke atas' kita namun, ianya berlaku 'untuk' kita. Kekangan masa untuk LSD membuatkan aku fokus ke arah plyometrics dan isometrics. Maka disini aku mencadangkan buat kawan² runner yg mempunyai masalah lutut mahupun kelelahan, khas kan masa untuk 2 senaman tersebut. Percayalah, nampak mudah dan bosan namun impaknya berkesan.

Selain itu, aku juga adjust jadual lsd secara berperingkat dan pada waktunya, training lah sesungguhnya tanpa alasan sungguhpun hujan atau panas. Kurangkan memberi omelan (naratif) pada diri sendiri. Tepis keinginan untuk membuat perbandingan dengan org lain. "Bisakah aku seperti dia?10 loop bukit botak? Gak, gak bisa. Karna kamu nggak perlu." Yah begitulah bunyi monolog dalam kepalaku. Sesuaikan dengan diri sendiri, 10 loop adalah the best untuk dia, untuk dirimu reka sesuatu yang khusus untuk dirimu saja.
Perkara yang runner selalu terlepas pandang ialah 'overtraining'. Maka, batalkan saja. Duduklah di kedai kopi menempah segelas kopi panas mahupun di tepi sungai bebas tanpa tekanan yang berpotensi menghukum diri. Namun, itu normal. Fitrahnya manusia menyalahkan diri sendiri apabila dia serasa mengabaikan goal dirinya demi bersantai tanpa komitmen. Usah bimbang semua boleh dilatih. Pelan² ubah sikap pasti akan bebas.

Ketidakupayaan training lsd yang kerap menyebabkan confidence diri agak rendah, mungkin inilah penyebabnya aku lalai sehingga hampir terikut route 50km. Syukur alhamdullilah cikgu Kamal perasan, "Aik?kenapa kau disini?Situ bawah simpangmu!" Bagai ikan mengikut arus aku terhanyut mengikut suasana yang sudah terbiasa. Sebelum ini aku berpacer dengan cikgu Kamal sehingga berjaya melepasi prank extra 8km pada tahun² sebelumnya.

Seterusnya kerisauan yang melanda aku ialah Bukit Talantang. Jujur agak ngeri meneliti route map apabila di reserve kan 4 jam utk menghabisi bukit tersebut. Namun teruntuk terima kasih yang luarbiasa buat Jira yang sempat menasihati aku untuk membawa tongkat. Persoalannya bagaimana aku menghadap Talantang secara mental sedangkan keraguanku amat tinggi kerana aku pernah menolak untuk mengikuti lsd di sana. Lalu dengan memujuk diri ku katakan, "setiap bukit ada penghujung..pasti ada jua manis²nya" Yah benar, sungguhpun Talantang menyerupai laluan Poring² Kokol cuma lebih panjang namun ada manis²nya iaitu ada area² landainya, tetap ada jua manis²nya.

Seterusnya ialah khilafku. Ku sangkakan sudah cukup hafaz aku tentang racebook nya. Rupanya pada WS9 ada cot. Sedangkan ada dinyatakan pada bib aku tidak perasan sehingga pada hari kedua. Lalu aku bagai kesurupan speed pace uphill di Namadan. Di panas terik tengahari aku cuba sampai ke sana.
Dan pada 2 jam terakhir. Hujan sempat turun dengan lebat, ini juga membantai emosiku. Lokasi tandas jauh dari WS10 mengucar-ngacirkan naratif teguh yang telah kubentuk sejak awalnya. Aku mulai meletakkan hukum, bahawa aku akan sampai pada pukul 5.45pm. Biar saja aku peserta uncit, hal itu juga bukan sesuatu yang asing bagiku.

Namun...sedari, kita ialah co-writer kehidupan kita sendiri. Yakni, kita dengan Tuhan sajalah yang menentukan jalan cerita kita. Meletakkan 5.45pm sebagai finish time merupakan tabiat yang cuba mengawal takdir. Sedangkan kita pemegang pen, Tuhan yang menyediakan kertas. Apapun yg kita ingin experience jika tiada wadah. Mau sekeras apapun sesuatu itu tidak akan wujud tanpa izinNya.

Terdapat banyak lagi 'drama' yang berlaku, sepertinya jam yang habis bateri, blister paha akibat leg compression, headlamp juga habis bateri dan seperti biasa...air tangki biru.
Namun...ini semua membuat aku sedar ; Kontrol your naratif. Jika tidak mampu kontrol akibat emosian, sekurang-kurangnya tanya pada diri "whats your naratif?" Biar pikiran memutarkan ilusinya dan benarkan Qalbu menegur dan membidas ilusi tersebut sekaligus memujuk untuk menerima apa adanya.

Yah, 'lapisan' ketiga yang kutemui pada 100km kali ini ialah, in the midst of chaos, there is stillness.
Benar bagaimana mungkin perlari denai mampu mencapai keseronokan jika diberi ujian² berat seperti mengharungi cuaca, bermain dengan nyawa, dilanda kecemasan dan ketakutan, berlapar tanpa tidur, badan berbau seperti kerbau, tekanan perasaan mengejar cot, trail yang rosak serosak rosaknya sehingga hampir hilang maksud 'trail running' itu sendiri, lain lagi membayangkan jalan cerita tanpa klimaks jika gagal.

Namun...disitulah tersembunyinya 'stillness'. Suatu bentuk ketenangan halus, sangat dalam dan sunyi senyap tanpa sebarang bisikan.
Hal ini hanya mampu dikecapi oleh jiwa raga yang didahului dengan rusuh dan galau.
Namun nikmatnya ; 'saya', 'diriku' dan 'aku' mulai bersapaan. Kita akan lebih mengenal setiap sosok peribadi sendiri. Kita mulai jujur kepada diri sendiri tanpa 'shadow self' yg penuh dgn ilusi.  Kita mulai percaya kemampuan menghadapi suasana tanpa paksaan.

Panjang sekali nukilan kali ini yah, namun aku tidak mengambil sebarang gambar semasa event berlangsung. Kerana menurutku kisah kejayaan sebenar dalam trail running bukan pada hari event. Namun apa yang kita lakukan di belakang tabir.
Itulah kejayaan sebenar.
Sekian penulisan, panjang umur bertembung jua di event² bawah 60km😊



Thursday, February 20, 2025

storytime finisher 100km KAR

I had a panic attack at 2am di Kg. Gansurai.

Umum yg suda pernah melepasi route 60km KAR sudah maklum area Gansurai agak mistik.

Ada yang tercium bau harum, ada yg 'kelihatan', ada yg meremang bulu.

Logikal, suasana Gansurai memang terlihat creepy sebab, 1)sunyi kawasan rumah tertutup oleh pokok² (2)aside from podiumers kawasan ini akan dilewati pada waktu wee hours maksudnya tengahmalam (3)uphill tak nampak langit menambah suasana misteri.

So, sebelum start 100km memang sudah berdialog dgn diri sendiri, bagaimana harus menangani situasi di kawasan tersebut. Pada awalnya menganggap "paling tidak pun seperti sebelumnya tak tersengaja berpacer dgn runner lain" 

Namun pada kali itu...sobat runner yang pernah berpacer di kawasan tersebut sudah menamatkan percubaan di water station sebelumnya.

Aku menyapa marshall sebelum mulai hill attack dgn bahasa basi "ada anjing ka?" Oh tiada, jawabnya. "Pelan² saja, di atas sejuk sampai nyamuk pun tiada tu" 

Ok kataku dalam hati, nyamuk tiada apalagi anjing. This should be tolerable.

Sepanjang naik, hanya berselisih dengan 2 orang runner walhal tempoh hill attack mengambil masa hampir sejam.

Tengok depan, boring rasa seksanya. Mencuba untuk melihat sekeliling rasa mistik pula.

Lalu mulailah mengira KM, "eh kan sepatutnya selepas melepasi generator tu boleh nampak rumah² orang kampung" "sabar...sikit masa lagi jam 3, lepas tu jam 4, pasti ada orang kampung yg gerak ke kebun seawal jam 5. Ertinya jam sekalian sudah pasti ada orang² yang bangun dari tidur"

Namun, suasana masih gelap, pekat.

Dan....pada saat inilah. Aku masuk dalam survival mode.

"Macam mana lah tu...kalau ko kena heart attack di sini." 

🤯

Sejurus selepas pemikiran itu melalui didalam benak...segala macam pemikiran seasasnya mulai timbul.

"Adakah kau terlentang ditengah jalan atau di tepi route?"

"Adakah runner lain perasan atau sempatkah kau diselamatkan?"

Hebat yah pemikiran manusia.

Dan...laksana itu, dada kiriku mulai terasa sakit.

Perit. Nafasku mulai laju. Penglihatanku mulai berpinar-pinar.

Ketakutan menyelubungi bagai kabus hitam ingin menelan dan menutupi segalanya pada pace yang agak laju dan sepantas kilat, aku bukan dia yg sama semasa memulai acara larian.

Aku sepertinya menjadi orang lain yang bukan asalku.

Syukur alhamdullilah, aku ada membuat pembacaan bagaimana otak kita berfungsi.

Apabila berada didalam situasi demikian, sedar bahawa ianya ialah Ego-self kita yang sedang cuba mengelakkan dirinya dari terhapus.

Tugas ego ialah membantu kita terus survive dalam situasi yang membahayakan dan ego membantu kita untuk terus hidup.

Selaras dengan itu, ego memalaskan diri kita dalam comfort zone.

Apabila kita keluar atau terkeluar dari zone tersebut, ego berisiko untuk terhapus kerana pada saat getir tanpa comfort...hanya satu mampu melapangkan perasaan kita iaitu : Penyerahan total. Berserah kepada takdir, hal ini sejajar dengan kerelaan hati menerima segalanya termasuk : kematian. Yakni hal yang paling ditakuti oleh Ego-self kita.

Umum, kematian adalah hal yang menakutkan, belum puas bahagia, tak bersedia berpisah dengan orang tersayang dan ibadah belum mencukupi.

Atas dasar inilah yang menyebabkan Ego-self memberi soalan² mencabar dlm benak lalu menimbulkan ketakutan kepada diri sendiri supaya hentikan saja larian. Duduk di tepi sehingga siang dan minta pertolongan dari orang kampung.

Jujurnya, pada saat ini, hanya satu mampu menyelamatkan diri kita iaitu : Kesedaran.

Sedar bahawa, itu semua ialah ilusi rekaan Ego-self dengan niatnya utk mengekalkan kita terus hidup.

Tak jahay namun tak juga baik niatnya.

Ada hal yang memerlukan penyerahan total dan hanya mampu dikecapi pada saat yang terlalu getir contohnya menghidapi penyakit kritikal, umpamanya situasi di ambang maut.

Setiap manusia perlu melatih diri untuk Penyerahan total demi keseimbangan hidup material dan spiritual.

Impaknya kita akan jadi lebih ampuh menghadapi ujian hidup.

Namun, apabila ego-self cuba mencantas proses spiritual penyerahan total, apa yang harus kita lakukan?

Kesedaran.

Sedar, bahawasanya sakit dada ini ialah ilusi, sesak nafas ini ialah ilusi.

Teknik seterusnya, nyatakan 'persoalan' kepada diri.

"Oh?serangan jantung?bagaimana mungkin?kiraan heartbeat pada jam ialah 111. Yah itukan heartbeat brisk walk?"

"Bagaimana mungkin sakit jantung pada saat ini?Tidak panas, tidak juga tekanan. Suasana malam, sejuk, sunyi. Stressnya dimana?'

"Bagaimana mungkin ini ialah serangan jantung...jika bahu kiri dan belakang tidak merasa kebas atau sakit?"

Usai bertanyakan soalan² counterattack terhadap ego-self. Secara fizikal, senyumlah dan sedarilah bahawa "kita selamat. Laluan ini pasti ada penghujungnya. Jika tidak berhujung dengan rumah orang kampung pastinya berhujung dengan kanopi water station."

Segmen Gansurai berakhir dengan pengalaman yang luarbiasa, sesampai aku di water station. Aku membuka kasut dan baring bersebelahan runner lain. Tidak tidur namun hanya menutup mata menikmati bunyi-bunyian cangkerik dan burung² yang baru bangun bakal memulaikan hari mereka.

Aku menikmati kewujudan ku, kebersamaan ku dengan semesta selama sejam lalu meneruskan perjalanan.


Dan untuk mengakhiri cerita ini, ku simpulkan bahawa inilah penyebabnya aku menyertai program larian.

Melatih diri akan 

1)Penyerahan total

2)menikmati ujudku

3)menjiwai kebersamaan

4)bersatu dengan alam

5)menguatkan Kesedaranku.

Semoga apa yang dicari terus ditemui!


Monday, February 3, 2025

Runner's Life

Runner’s life are weird.

Your training requires you a hardcore of 3-5 hours with sometimes over 1000 elevation gain under the scorching sun or windy rain or pitch black night.

And then it needs recovery, which also involve of running for a minimum of 4-5km.

While the actual rest day, necessitate you to eat bland food.

Hobi yang pelik kan, anyway...jika diizinkan Tuhan, settle 3rd 100, kemungkinan saya switch to gym & 2 @ 3 times a week sahaja buat cardio.
Faktor umur menggalakkan senaman indoor yang optimize time use rather than performance.