Thursday, April 24, 2025

A untuk Èffort.

Ini kisah tentang Ayman, anak sulung dan satunya anak lelaki yang lahir ke dunia melalui sebuah lagu.

Kelahirannya cukup bulan malah terlewat beberapa hari. Sepanjang mengandungkannya banyak kejadian pelik berlaku dalam hidup.

Sendawa yang luarbiasa, mengidam pelbagai jenis mi segera dan air kopi hitam. Mungkin hal tersebut membuatkan hb menjadi sangat rendah sehingga hanya 7 malah, sewaktu menunggu hari kelahiran dia semakin lembap bergerak namun, boleh diaktifkan dengan meminum segelas jus oren sejuk.

Hampir 24 jam menanggung sakit dimulai dengan rasa cirit birit  dan oleh kerana pertama kali menjadi ibu, maka bergantung sepenuhnya kepada naluri. Demikian itu selepas tidak dapat tidur sejak pukul 5 pagi lalu, memutuskan untuk pergi ke hospital. Menjangkakan mungkin tidak melahirkan pada hari itu dan sakit perut itu cuma disebabkan oleh 2 mangkuk coto makassar extra pedas yang dimakan pada malam sebelumnya. Namun apabila hampir memasuki kereta, berkata di dalam hati “jikalau lagu yang disukai berputar di radio maka hari ini ialah harinya”

Sudah tidak ingat apa lagu tersebut namun yah, lahir dia ke dunia selepas menanggung sakit bersalin selama 21 jam termasuklah 6 jam sakit yang amat selepas jururawat memecahkan air ketuban demi mempercepatkan proses bersalin.

Anak ini…mampu berkomunikasi secara telepatik kerana dengan melalui perasaan yakni pada saat hampir lahir, berbisik dalam hati kepadanya, “jika benar ini ialah waktumu, berikan 3 tolakan sebagai tanda” Dia menolak dirinya keluar sebanyak 3 kali dan lahirlah dia pada pukul 1 pagi dengan mata bulat terbuka memandang ibunya dan disapa “Hai…Akulah Mamamu.”

Semakin dia membesar kusedari beberapa hal...dia tidak menerima arahan, dia tidak suka hingar bingar dan dia mudah terangsang oleh animasi (warna warni dan pergerakan) dan menyebabkannya ‘stimming’ iaitu dengan menggertak gigi dan bergetar seluruh tubuh seperti kesejukan atau ketakutan namun itu ialah ekspresi rasa seronoknya. Pada waktu itu aku tidak memandang serius tentang perilaku itu, bagiku mungkin dia anak lelaki yang hyperactive dan cuai.

Pabila dia mulai bersekolah dia bukanlah pelajar terbaik dan tahap skoda-skoda sahaja.

Namun aku mulai perasan lebih banyak hal... dia lalai, melulu dan mempunyai kecenderungan narsistik (makluman setiap manusia punya kecenderungan narsisitik hanya saja tinggi atau rendah dan penulisan ini Tidak Terkait pula dengan NPD iaitu Narsisitik Personaliti Disorder-sejenis penyakit mental) dan pada saat inilah goyahnya keampuhan menjadi seorang ibu.


Hal ini merendahkan self esteem dan membuatkan aku merasa sebagai seorang ibu yang gagal kerana membesarkan anak yang tidak berguna. Aku mulai menyalahkan takdir, orang sekeliling, diri sendiri dan akhirnya memberi impak yang amat besar dalam kehidupan kekeluargaan kami. 

Beberapa hal yang ketara ialah sehingga dia berumur 10 tahun dia masih berkumuh seperti budak kecil iaitu ditilam atau didalam seluar sehingga membuatkan aku memakaikannya lampin pakai buang untuk ke sekolah.

Sehingga suatu hari aku memutuskan untuk membuat pemeriksaan ke atasnya. Aku pasti ianya bukan Autisme namun kerisauan terbesarku ialah ADHD kerana ada simptom-simptom yang lain seperti kurang daya fokus, impulsif, pelupa dan tidak boleh duduk diam yang juga sebenarnya ada pada diriku dan kebiasaannya ADHD ialah genetik yang diwarisi.

Maka dari temujanji ke temujanji dimulai dengan perjumpaan dengan seorang Doktor wanita yang lemah lembut menerangkan bahawa ADHD bukanlah kecacatan, hanya saja kelainan dan mereka memiliki kecenderungan yang unik sehingga ada di antara mereka menjadi jurukamera internasional seperti National Geographic.

Seterusnya dia merujuk kes kami ke Pegawai Pemulihan Cara Kerja yang mengesan Ayman memang berada di spektrum ADHD khususnya tahap ringan hiperaktif-impulsif.  Sedang kami menghampiri proses akhir kami memerlukan tandatangan doktor pakar bagi mengesahkan diagnos dan disitulah segalanya berakhir sebelum bermula.

Memasuki ruang bilik doktor pakar tersebut adalah bak anomali, biliknya suram dan samar-samar seumpama perpustakaan lama menyerupai suasana rumah dukun.

Beliau sudah berada dalam keadaan mood rendah dan tidak mesra. Usai aku menyapa dan menerangkan semua, dia sekilas pandang melihat Ayman dan lantas memperlekehkan kami, “Kenapa mak rasa perlu cek ke hospital?” aku menjelaskan tentang tabiat masih terkumuh di katil semasa tidur dan dalam seluar serta sifat melulu sehingga ponteng kelas untuk mencari makanan di meja kantin sekolah.

Kemudian beliau memandangku dan bertanya, “mak kerja apa?”

Ku jawab jkm dan pada saat itu beliau umpamanya memberi tamparan hebat ke mukaku dengan berkata, "Ohhhh...so Mak nak ambik duit bantuan kebajikan utk anak lah ni kan"

Sesungguhnya nyatalah kaum wanita paling banyak menghuni neraka. Sewenang itu dia membuat kesimpulan bahawasanya aku mempergunakan Ayman serta kapasitiku sebagai pegawai jkm untuk mendapatkan kemudahan skim bantuan kewangan bulanan.

Lalu kujelaskan bahawa ini bukan tentang uang namun tentang penebusan batinku untuk mendapatkan keabsahan supaya menjadi jawapan bahawa anakku istimewa dan aku bukanlah ibu yang teruk kerana tidak tahu bagaimana cara untuk membesarkan dia.

Beliau kemudiannya menjawab dengan “"oh setakat berak dalam seluar tu bukan apa pun, ni sebab Ayman tahan kan?Ayman terlebih² seronok main lepas tu suka tahan² nak berak kan?"

Pada saat itu, aku mengalah.

Mengalah secara total.

Airmataku bergenang, telingaku menebal, tekakku rasa tersumbat dan dadaku terasa sempit.

Dan pada akhirnya, beliau tidak menurunkan tandatangannya dan diagnosnya, hanya saja dia memaklumkan bahawa alamat tempat tinggal kami bukan dalam radius atau mukim hospital tersebut dan menyuruh kami melakukan proses semula mulai dari awal pada hospital yang berdekatan alamat tempat tinggal.

Aku keluar dari bilik doktor pakar tersebut dengan pasrah dan membawa Ayman duduk ke kerusi menunggu. Ku pasangkan dia youtube sambil menangis namun berpura-pura mengesat hidung konon sebagai pesakit biasa yang sedang mengalami selesma.

Kulangitkan kecewaku terhadap doktor pakar tersebut. Ku harap apa pun yang beliau lalui sehingga menjadi sejelek itu akan kembali kepadanya bagai sireh pulang ke ganggang.

Bukan perangku untuk membuktikan kebenaran pada beliau.

Ku putuskan untuk berdamai dengan diri sendiri menganggap laporan terakhir dari Pegawai Pemulihan Cara Kerja sebagai jawapan untuk semuanya.

Aku bukan ibu yang teruk.

Anakku istimewa.

Ini semua adalah rencana Tuhan yang telah membawaku ke situasi doktor pakar tersebut lalu menginspirasikan aku untuk berhenti mendapatkan kad OKU bagi Ayman.

Justeru itu, Ayman meneruskan pembelajaran di kelas perdana dan bukannya PPKI(pendidikan khas integrasi).

Dia bersekolah bersama pelajar yang lain sungguhpun dengan kesulitan, dia selalu tertidur, jarang sekali mendapat markah tinggi, sentiasa pulang dalam keadaan kotor dan kusut masai dan kebanyakan masa, dia tidak mengerti.

Sehingga tahun 2019 berhempas pulas untuk menerima takdir termasuklah mengalami kemurungan dan kebimbangan.

Pejam celik, pejam celik…banyak hal yang terjadi dan dia menduduki SPM. Sehingga kini dia masih menghidapi catathrenia, kekerapan brain fog, kehilangan barang-barang penting, kebimbangan, cabaran menghadapi ‘spotlight effect’, hypervigilant mahupun paranoia.

Aku tidak menaruh harapan tinggi. Hanya berdoa dia mendapat skor minimal cukup untuk dia memasuki politeknik ataupun Pendidikan vokasional.


Aku sendiri melihat dia mencoba, ku ajari dia Teknik Pomodoro kerana tahap fokusnya yang singkat.

Dan kulepaskan, kurelakan dia, kuserahkan dia kepada Tuhan hanya saja ku peringatkan bahawa walau apa terjadi sekalipun,

Dia tetap ada…rumah untuk pulang.

Aku juga menasihatkan dia, dalam hidup…lakukan sesuatu untuk satu kali saja supaya kita mampu melangkah ke pelajaran hidup yang seterusnya.

Ambil peluang keemasan ini untuk hidup sepenuhnya dan lepaskan segala-galanya kepada Tuhan untuk mengatur.

…dan siapa sangka, ini dia dengan 3A dan tiada subjek gagal.

Aku tidak melabel semua pemarkahan ini sebagai epitome kecemerlangan…ini semua hanyalah nombor dan program yang manusia gunakan untuk membezakan antara satu dengan yang lain.

Ku anggap 3A ini sebagai :

A untuk Ayman

A untuk ADHD

A untuk Alhamdullilah


Seperti kelainan menggunakan abjad A untuk perkataan Èffort yakni bunyi sama huruf berbeza.

Kejayaan tidak bisa diukur menggunakan mata kasar, karna individu Neurodivergent sebenarnya ialah makhluk bersifat rohani yang dipaksa muat didalam kotak normalisasi.

Demikian itu…teguhlah kepada anak-anak kita, simptom ADHD akan berkurangan mengikut usia dan waktu. Ianya bukan hukuman mati. Anda bukan ibu yang teruk. Benarkan mereka menjadi seaslinya tanpa perlu ‘mengobat atau memperbaiki’ mereka.

Redha bahawa perjuangan ini adalah ujian untuk menghebatkan kita.

Akhir sekali, percaya kepada anak-anak ini, mereka sendiri mengalami kesukaran untuk percaya dan memaafkan diri sendiri.

Jom, menerima mereka bahawa mereka bukan ‘rosak’, ‘cacat’, ‘pelik’, ‘ganjil’, ‘lemah’ , mahupun tidak berguna.

Terima hakikat bahawa mereka Unik, Khas, Asli, Istimewa dan Satu-Satunya.

Tidak ada hal yang menakutkan mahupun memalukan tentang ADHD, senario normalisasi manusia kian berubah sejajar zaman. 

Hakikatnya individu ADHD memiliki sensori yang tinggi menyebabkan mereka mempunyai rasa, perasan, kasih, cinta dan sayang yang mendalam. Hanya saja keadaan dunia yang penuh dengan bunyi bising menyebabkan mereka sukar menentukan apa, menjelaskan apa dan menyampaikan apa.

Dan sebagai penutup, tujuan sebenar penulisan ini adalah untuk mengirimkan pesanan kepada ibu²(dan juga bapa) untuk sanggup dan rela memberikan kemaafan kepada diri sendiri atas kekhilafan dalam perjuangan sepanjang membesarkan anak-anak kita. 

Teduhkan hatimu, segalanya akan berakhir tanpamu menyedarinya. Tarik nafas dalam, percaya dan Lepaskan.

Sekali lagi,

A is for Èffort.

Tahniah Ayman anak ADHD ku.



Thursday, April 17, 2025

Men ; of partnership

(Aragorn when he first laid eyes on Eowyn)

Watching the Lord of the rings tells me a bit about men and their match-making.

A man can truly love a woman, and still choose another.

(Possibly explains a bit why men cheat and fold)

Aragorn + Arwen : high stakes,

Of status and high classes, picking Arwen means he must be King first.

Partnership with Arwen is all work and chivalry.

He'll be amongst kings.

Possibly led to his death too.

Full of hardship, trials & errors.

Tiring and too challenging at times.

Partnership with Arwen will always hold him up at stake.

With too much to lose although with much to gain at the same time. 

But,

Aragorn + Eowyn.

He can be a simple man.

Live a simple life as a middle status man (husband to King's niece)

He can relax and enjoy the view while having a comfort company of feminine energy.

He can chill and just sway with everything romantic.

He's still be well respected by Eowyn and people  within the castle.

He can fine dine with good drinks, quality clothing and just chill in the beautiful kingdom of Rohan.

By all means, Aragorn should choose Eowyn.

Eowyn does not steal him from Arwen, its just because Aragorn probably could never live up to Arwen standard and all her accessories.

To be with her, Aragorn must be....a King. After living his whole life in exile and banished from his own rightful kingdom. Even got a nickname as Strider describing his way of living ; travelling all the time with no fix place to live or settle ; 

He, must be King to be with, Arwen.

Instead with Eowyn, nothing is being asked of him. Just the way he is, he gained respect just by being a chivalrous warrior thats all.

He's already well accepted by Theoden the king of Rohan to take the hands of Eowyn his niece.

So logically...

Aragorn should choose Eowyn.

But no...

(Aragorn's face reminiscing the events that he parted with Arwen)

Lord of the rings depicts a man's choices in life.

He could love Arwen for her beauty regardless with all her heavy accessories i.e war, death & suffering.

But it is his mission in life that puts a price tag on whom he should choose.

Thats why men these days rather settle for stability(Eowyn)

But traditionally men have a quest of achieving glory and success and rather choose Arwen for she symbolize all that.

It's not always a man's fault to cheat. A woman can cost him his life in exchange for status and achievement.

But...if all men choose stability, then...who would be Kings?

That's why a man can love a woman like mad and at last, still choose another woman...and possibly still in love with the former.

Because why would anyone reject stability?

That's a question only a strong (not loyal-loyalty isn't always useful in times of trying)man can answer.

Why would he reject stability and go full head on a quest with no telling if he would ever be successful or not.

Its because, he's not trying to win Arwen's love for her beauty or standard or luxury or even her  genetics.

He is on a personal journey of himself to be a King of his own.

So...it's never about the women, be it her beauty or her social class or even her sacrifices (Arwen renounce her immortal life to marry Aragorn)

In the end...its the worth of a man himself.

Is he a king?

Or a middle class man.

Tuesday, April 8, 2025

Things that we think are real, but aren't ; Separation.


Contoh Separation ialah bila kita feeling nostalgik.

Kita rasa rindu dan berjauhan/terpisah dari peristiwa, tempat, orang.

Contoh ; dulu saya selalu makan di restoran veggie masa ayman masi dalam kandungan. Setiap kali lalu kawasan tpt tu, mesti rasa terpisah dari kenangan tersebut rasa sedih berbaur sendu mengenang saat² mencabar mengandungkan ayman sewaktu ekonomi baru mau berkembang.

Walhal, kini kedai masih wujud dan saya bebas utk merasa makanan itu, ayman masih mencabar kewibawaan sy sebagai ibu, pemilik restoran juga masih berwajah yang sama...sebagai peniaga restoran sayuran mgkn itulah tidak tergugat oleh penuaan.

Dulu dan kini saya masih boleh mereka situasi yang sama mahupun berbeza mengikut kemahuan saya.

Bukti kita tidak terpisah, segalanya sedang wujud serentak.